posted from Bloggeroid
Hari² saya bangun pagi². Ketuk pintu bilik air masa ibu tengah bersihkan diri. Erkkkk...dah macam pantun pulok...ekekeke...Ini lah budaknya:
Malas lagi nak taip. Baca jer lah yer. Kekadang adik bangun lagi awal dari si abang. Agak susah nak kejut si abang bangun pagi. Nasib si adik bangun pagi tak merengek². Bagi makanan senyap lah dia. Pagi ni awal sangat bangun. Bangun² dah buat kuih. Ntah bila dia memerut pon aku tak tau. Jadinya kita mandikan terus lah. Lagi pon air tak berapa sejuk pepagi ni. Iyerlah....musim panas berdeting kan. Air paip pon dah tak sejuk.
Note: Stresss haku. Batu tikus ni tak hilang². Tak focus nak buat keja. Cissssss...
Tanjat tak...tanjat tak kalau anak tanya soalan macam ni? Tanjat gegirl tau. Nasib masa tu tengah gedik santai nengok tv. Buat nya tengah minum air, mau tersedak dengan penangan soalan cepu mas si Iman Hakimi nih. Kisahnya...anak bujang ni membelek majalah Pa & Ma. Tiba²...
KIMI: Ibu, baby keluar ikut mana?
IBU: *gulp...apa nak jawab ni*...Keluar kat bawah lah. Kat 'cekpit'. *Jawapan spontan. faham² sudeh lah*
KIMI: Bukan keluar kat perut ker?
IBU: *adoiiii...anak aku ni*...Tak lah. Kalau operate memang lah keluar kat perut. Tapi ibu tak operate
KIMI: Owh...
Phewwwww....nasib dia tak tanya lebih². Kalau aku c-zer, bley gak aku tunjuk bukti parut kat perut kann. Tapi ni semuanya normal, bukti apa yang aku nak tunjuk...ekekeke...Tunjuk bukti perut menggeleber jer lah sebab dah 3 orang duduk dalam tu. Ni soalan cepu mas kedua di lontarkan kat ibu dia ni. Soalan cepu mas pertama yang dia pernah tanya [IBU...MACAM MANA NAK BUAT BABY?]. Fitam jap aku dengar soalan maut si kimi ni. . Tapi kan...aku tertarik dengan komen ni:
Tak perasan plak komen yang ni untuk entry 2 tahun lepas. Maknanya dah boleh terangkan kan lah proses persenyawaan dan yang sewaktu dengannya kat budak darjah 1 nih. Tapi kena gunakan buku ensiklopedia/video dan juga bahasa yg mudah untuk dorang faham...hurmmmmm...
Note: Bersiap sedia jer lah. Ntah soalan cepu mas apa plak lepas ni.
Malas nak taip balik sebab kepala dah fening ngan bau tikus. Dah banyak tikus mamps kat office ni. Isnin baru ni mati dalam bilik bos. Ko bayangkan lah dah 2 hari tikus tu arwah. Datang office di sajikan dengan bau bangkai tikus. Perghhhhhh...bau dia...hazab satu office. Dari ground floor dah berbau ko, apatah lagi aku yg dok kat kawasan kejadian ni kann. Rasa nak muntah...rasa nak MC...erkkkk...ekekeke...Kelmarin, anak tikus tersadai kat mesin photostat. Ajal dan sampai kan. Geli plak aku nengok.
Note: Alhamdulillah...my dear hubby dah getting better.