Itu lah punca my dear hubby demam on and off nak masuk 5 hari. Ujian blood test dah kluar tadi. Doctor cakap sel darah putih dia tinggi dari sel darah merah. Tu yang demam sebab ada infection. Kalau sel darah putih rendah, tu dah masuk kategori demam denggi. Alhamdulillah lah bebas denggi. Tapi risau tetap risau even dia cakap tak der apa². Mana tau kot nak sorok tak nak bagi isteri dia ni risau terlampau kann. Terus aku PM DOCTOR BLOGGER @ DaddyZZZ. Tak tunggu masa yang lama nak dapat reply. Terbaiklah doctor Khairul ☺
Ini lah jawapannya. Memang doctor bekalkan ubat Antibiotic. Kena makan sampai habis. Tapi kalau masih berterusan, kena buat follow up balik. Ni yang aku rasa tak sedap hati nak dengar tau. Try gak cari info pasal terlebih darah putih ni. Tapi banyak dalam bahasa indon. Tak kose lah aku nak translate. Last² jumpa gak dalam bahasa ibunda kita nih. Ok...meh baca. Hari ni kita belajar pasal darah putih yer murid².
SEL DARAH PUTIH
Sel darah putih juga dikenali dengan nama leukosit. Sel darah putih merupakan salah satu komponen yang membentuk darah di dalam sistem peredaran darah tubuh manusia. Seperti yang kita ketahui sel darah putih berperanan untuk membantu tubuh melawan berbagai jangkitan penyakit dan sebagai sebahagian sistem pertahanan tubuh dari penyakit. Terdapat pelbagai jenis pengkelasan sel darah putih iaitu sel neutrofil, sel basofil, sel eosinofil, sel limfosit dan sel monosit. Sel darah putih mengadungi granul-granul dan juga nukleus.
JENIS-JENIS SEL DARAH PUTIH
SEL NEUTROFIL - Sel neutrofil mempunyai beberapa lobul nukleus diantara tiga hingga lima. Permukaanya adalah bergranul. Kandungannya didalam lingkungan 70 peratus dari keseluruhan komponen sel darah putih.Sel neutrofil selalunya menjadi agen sistem pertahanan tubuh badan dari serangan bakteria dan virus. Sel-sel ini akan memfagosit bendasing ini sehingga tersingkir dari tubuh badan.
SEL BASOFIL - Basofil memainkan peranan dalam memberi reaksi alergi dan antigen dengan cara menghasilkan bahan kimia semulajadi iaiti anti histamin yang menyebabkan peradangan dan kemerahan.. Kandungannya didalam lingkungan 0.5 hingga 1.0 peratus dari keseluruhan komponen sel darah putih.
SEL EOSINOFIL - Kandungannya sel eosinofil didalam lingkungan lima peratus dari keseluruhan komponen sel darah putih. Sel Eosinofil berkait rapat tentang jangkitan parasit seperti jangkitan penyakit kecacingan. Sel ini memainkan peranan penting dalam menentang jangkitan dari parasit. Dengan demikian meningkatnya eosinofil ianya menandakan banyaknya parasit.
semakin tinggi kandungan sel darah putih dalam darah menunjukkan tinggi la juga bakteria yg ada (sel darah putih @ leukosit berfungsi seperti tentera dalam sistem pertahanan badan kita iaitu untuk melawan penyakit)
Sumber: [HEMATOLOGI - LEUKEMIA DAN SEL DARAH PUTIH] dan [SINI]
Maknanya...kalau tinggi sel darah putihnya, tinggi juga lah bacteria yang duduk dalam tu yer...hurmmmm...Smoga sel darah putih my dear hubby turun ke paras normal hendaknya. Katanya dah rasa ok sikit. Haaaa...iyer lah tu...kita tengok malam kang. Kalau tak berselimut, ok lah tu. Tapi kalau berselimut, bacteria jahat tu masih ada lagi jawabnya.
To my dear hubby, smoga cepat sembuh. Sakit tu sebagai petunjuk dan sakit tu sebagai kifarah...setiap kesakitan yang kita hadapi akan mengkifarahkan dosa kita. Kita ni kekadang lalai...kelalaian yang buatkan kita jauh dariNYA. Kesakitan yang datang juga adalah dengan kehendak dan izinNYA. Dengan kesakitan lah yang membuatkan kita teriingat padaNYA dan sedar betapa nikmatnya rasa sihat itu. Ingat tu.
Note: Alhamdulillah...bersyukur dengan kesihatan yg allah berikan pada aku skang.
.