Perhatian buat kaum lelaki yang bergelar SUAMI. Nafkah yang harus di laksanakan terbahagi kepasa 3 jenis:
1) NAFKAH PERIBADI ISTERI
Walaupon isteri yang bekerja, wajib si suami memberi nafkah..."Nah sayang, duit belanja bulan ni kot² nak beli lipstick ker...seluar kocik ker atau baju dalam yang dah terkeluar dawai tu"...muahahaha...
2) NAFKAH KELUARGA
Bila suami tak cukupgaji, isteri tolong top up. Sedekah yang paling baik adalah sedekah seorang isteri untuk membantu suami. Isteri bukan menanggung suami tapi mencukupkan apa yang suami tak mampu.
Kalau suami tak bagi nafkah, isteri tak redha. Segala perbuatan suami seperti solat dan puasa pon tak berguna lagi sebab tak dapat pahala apa² walaupon suami tu ustaz atau tok imam sekali pon. Haaaa...penting ni. Uols redha tak??? Mengaku cepat. Kalau tak redha nasiblah kaum suami.
3) NAFKAH BATIN
Bukan hanya di bilik tido semata², tapi mengembirakan hati isteri, bergurau senda dengan isteri, memberi pujian pada isteri. Meh baca [APA MAKSUD SEBENAR NAFKAH BATIN]
Sekian tazkirah khamis untuk hari ni yerp ☺
Note: Jerebu sudah datang. Batuk dah mula menyerang dan tekak dah mula gatal².