Pagi ni terdengar kat radio IKIM fm. Aku skang dah beralih arah. Dah tak dengar HOT lagi dah. Suka dengar IKIM skang nih. Banyak kisah² dan tazkirah yang menarik untuk halwa telinga aku nih. Buat aku berfikir dan muhasabah diri ini. Ok...dah merepek plak dah.
Ni nak citer pasal Kem Funzania nih. Masa dengar orang dari Telaga Biru tu bercakap, buat aku dah rasa tertarik nak hantar Iman Hakimi kat kem tu nanti. Bermula musim cuti sekolah bulan march. Kem selama 2 hari 1 malam kat Janda Baik, Pahang. Khusus untuk pelajar 7-9 tahun. Antara aktivitinya:
INPUT KEM:
Solat is FUN (Bengkel perbaiki solat)
NATURE Lover (semai anak pokok)
5 Rencah 5 Rasa (makanan dan khasiat)
Mix and Match (ice breaking dan pembentangan)
May Allah bless us (solat Hajat)
Energizer Kid (Riadah)
Master Chef Cilik (penyediaan snack)
Dhuha time (solat dhuha dan doa dhuha)
I'm the Housekeeper (bengkel kemas bilik)
Funzania WARRIOR (rentas halangan)
Menarik tak? Menarik sangat kan. Banyak aktiviti. Bebudak kalau time cuti biasalah khenn. Asyik mengadap tv dan gadjet. Sekali sekala bagi dorang join aktiviti macam ni. Mana tau ada perubahan. Kalau nak melentur buluh, biar dari rebung nya.
RM280.00 seorang (pembayaran sebelum 5 Mac 2014)
RM300.00 seorang (pembayaran bermula 6 Mac 2014)
Untuk info lanjut, boleh layari website [TELAGA BIRU TRAINING & CONSULTANCY]
Note: Harap² tuan besar bagi kelulusan utk hantar anak dia kat sini ☺