posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Last year kak KA ada buat segmen. Segmen soh tinggalkan komen tentang blog kakak kita ni lah. Apa yang best...apa yang tak best. Apa yang uols suka baca dan apa yang uols benci. Tak sangka plak komen ku telah terpilih. Jangan tak tau, siap ada penolong juri lagi ko. Siapa lagi kalau bukan anak kak KA, si adik yang bijak lagi keleteh tu. Tanjat gegirl bila blog terpilih untuk di review
Antara komen kak KA. Touching gegirl uols...ahaks...In shaa allah, nak ubah sket blog ni nanti. Nak tukar cat baru. Nak tukar header baru. Erkkkk...nak tukar sumalah...hehehe...Bab label tu pon ada betulnya. Aku pon tak perasan banyak bebenor label yang aku letak. Gila tepek label gamaknya Thanks atas komen mu itu kak. Akan ku perbaiki kekurangan nya nanti.
Last but not least, Mekasih banyak² sebab memilih blog adikmu ini untuk di review. Mekasih adik sebab pilih blog kakak *tak nak lah panggil aunty...haha...Siapa yang tak suka blog kena review kan. Siapa yang belum kenal kak KA, silalah terjah. Tak rugi sebab kak KA ni rajin datang bertandang. Entry pon hari² up to date sampai tak larat nak kejar.
Apalagi...gi lah terjah skang.
Note: HAVE A GREAT WEEKEND UOLS
Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Sekejap jer dah jumaat kan. Pagi ni aku nak share satu info yang sangat berguna untuk kita amalkan. Info dari FB Pn Raudzah Roslan. Mungkin kita jarang praktikkan benda ni ketita memasak. Pasang niat ketika memasak kerana Allah. Bukan niat masak kerana suami dan anak². Bukan niat ketika memasak jer. Semua benda yang kita buat dan ada di sekeliling kita, niat kan kerana ALLAH. Besar ganjarannya bila niat itu kerana Allah. Itu yang aku dengar dalam IKIM fm. Ok...sambung cerita ☺
Wahai wanita solehah yang mendambarkan kasih sayang serta rahmat Allah.
Tahukah anda, di dapur adalah salah satu tempat untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T? Ruang itu merupakan tempat muhasabah diri paling berkesan buat dirimu.
Pernahkah tubuh kita beristighfar banyak² apabila terpercik minyak panas ketika sedang menggoreng ikan?
Masya Allah tabarakallah! Mulai hari ini, jadikan ruang dapur itu tempat kita beramal ibadat dan bertaubat. Berdoalah, berzikirlah sambil berselang seli dengan Berselawat kepada Rasulullah SAW. Moga hati kita menjadi insan yang semakin dekat dengan Allah.
Sungguh...IA BUKAN SEKADAR RESIPI
Peringatan buat diri sendiri juga. Memang tak dinafikan, memasak juga boleh mendatangkan risiko jika kita lalai atau leka.
Adab memasak untuk kita amalkan.
Note: Rajin² lah ke darpur buat yang malas nak ke dapur tu yer ☺☺