Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Sekejap jer dah jumaat kan. Pagi ni aku nak share satu info yang sangat berguna untuk kita amalkan. Info dari FB Pn Raudzah Roslan. Mungkin kita jarang praktikkan benda ni ketita memasak. Pasang niat ketika memasak kerana Allah. Bukan niat masak kerana suami dan anak². Bukan niat ketika memasak jer. Semua benda yang kita buat dan ada di sekeliling kita, niat kan kerana ALLAH. Besar ganjarannya bila niat itu kerana Allah. Itu yang aku dengar dalam IKIM fm. Ok...sambung cerita ☺
Wahai wanita solehah yang mendambarkan kasih sayang serta rahmat Allah.
Tahukah anda, di dapur adalah salah satu tempat untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T? Ruang itu merupakan tempat muhasabah diri paling berkesan buat dirimu.
Pernahkah tubuh kita beristighfar banyak² apabila terpercik minyak panas ketika sedang menggoreng ikan?
Masya Allah tabarakallah! Mulai hari ini, jadikan ruang dapur itu tempat kita beramal ibadat dan bertaubat. Berdoalah, berzikirlah sambil berselang seli dengan Berselawat kepada Rasulullah SAW. Moga hati kita menjadi insan yang semakin dekat dengan Allah.
Sungguh...IA BUKAN SEKADAR RESIPI
Peringatan buat diri sendiri juga. Memang tak dinafikan, memasak juga boleh mendatangkan risiko jika kita lalai atau leka.
Adab memasak untuk kita amalkan.
Note: Rajin² lah ke darpur buat yang malas nak ke dapur tu yer ☺☺