Menghabiskan cuti CNY di kampung *lah sangat. Nama jer kampung pandan. Tapi kampung di tengah bandar. Sian kan. Jadi lah...ada juga kampung khenn.
Aktiviti Iman Hakimi dah Iman Qhalif. Tak der daun kelapa buat main tarik²...orang panggil 'tarik upih', dapat troli ni pon jadi lah. Adik duduk abang tukang tolak. Sekali abang buat drift tetiba, tergoleklah si adik. Saja abang kimi ni tau. Adik beradik ni klo dapat kawasan lapang macam ni memang syok lah. Klo kat umah tu terkurung jer. Petang² baru dapat gi taman.
Dah puas main kat luar. Duduk dalam rumah plak. Cuaca agak panas berdenting juga cuti tu. Tengok jer lah kucing tu. Perasan berani jer 2 beradik nih. Dedua takut kucing ko. Kalau kucing tu dekat memang meraung anak dara tu. Qhalif plak setakat mengelak jer lah. Itu jer lah aktiviti nya. Tak jalan ke mana² pon.
Note: Jalan clear hari ni. Syiok betul drive ☺