Mengimbas kembali gambar² baru kawin, gambar lepas dapat sorang anak dan gambar selepas dapat banyak anak...hahaha...banyak lah sangat kan. 3 tu dah kira ok lah banykan kennn.
Ni masa baru kawin. Seri pengantin baru tu masih ada lagi...cewahhh...Rezeki orang nak kawin kan. Dapat plak kerja baru. Tunggu maybank bagi surat tak tahu bilanya. So...kita grab offer yang datang dulu. Masa ni ada signing ceremony dengan Columbia Asia utk buat hospital Columbia Asia kat Nusajaya, Johor. Masih kurus lagi. Body maintain katakan.
Bila dah dapat anak sorang. Badan dah mula berisi. Serious...masa ni aku gemuk tau. Lemak berlipat ko. Perut plak muncit macam pompuan ngandung. Pipi bulat tembam. Lepas delivery anak pertama, suma baju bajan especially kemeja dan juga seluar kerja tak muat. Yang paling ngeri, jeans faveret Levi's muat takat masuk sampai paha saja. Ngeri dan sedih wei. Terpaksa beli sluar jeans, sluar kerja dan baju kerja baru.
Dan aku yang sekarang...badan kurus kering melidi. Pipi plak nampak sedikit cengkung. Penangan #makbanyakanak ker makan hati...muahahaha...Jeans feveret dah muat. Siap longgar lagi. Perut flat. Sluar kerja dan jeans pon dah longgar. Macam sluar pinjam plak. Terpaksa alter dulu.
Aku nak berisi balik ni. Kurus sangat pon tak cantik khenn. Mungkin badan aku akan naik lepas stop BF qhalif kot. Tak per...lagi beberapa bulan jer lagi. Gym kat office ni pon dah beroperasi. Nak kasi muscle sket badan ni...hehehe...Tapi rajin ker nak gi gym??
Note: Asyik citer pasal anak jer. Sesekali citer pasal ibu dia plak.