How time flies. Kejap jer dah 20 bulan budak tecik ni. Rindunya dengan bau baby. Kan best kalau baby ni tak besar². Macam tu jer saiznya...hahahaha...Macam nak baby lagi jer...muahahaha...
Alhamdulillah. Perkembangan Iman Qhalif yang soleh lagi bijak sama juga macam kanak² lain yang seusia dengan nya. Makin banyak akal. Yang paling tak tahan. Tak nak orang pegang masa berjalan. Kita ni punyalah risau kan. Antara lain:
Pandai menulis dah. Siap buat body art lagi. Kalau menulis pon guna bahasa sendiri lah. Sendirik tulis sendiri faham khennn.
Nak makan dan minum sendiri. Tak nak ibu dia suap dah. Kalau tak memang dia tak nak makan. Dah dapat makan, pandai plak tu cakap 'eemmmm...dap...dap' sambil angguk² kepala. Layannnn..
Pandai merajuk. Yang tak tahan siap guling² atas lantai ko. Kalau kat mall buat guling² macam ni memang nak kena lempang dik...hehehe...tipu jer. Takkan lah ibu nak lempang anak kan.
Pandai dah main ipad. Siap berebut dengan kakak dan abang lagi. Cute jer tengok jari jemari cute dia tu dok selak² screen ipad. Tapi skang memang nak kena sorok ipad ni. Sekali sekala boleh lah main.
Breastfeeding is the best. Alhamdulillah...masih mendapat khasiat susu ibu. Skang ni kalau menyusu memang macam² gaya bebas dibuatnya. Menyusu sambil berdiri, meniarap ala² superman...ikut suka hati dialah nak buat gaya macam mana. Ibu dia ni lah yang tak tahan kan sebab kekadang sampai tertarik nipp tu dibuatnya....aauucchhh...Nak tergelak nengok gaya ISA (Ikut Suka Aku) si Qhalif yang soleh ni.
Antara development lain. Dah ada beberapa perkataan yang qhalif boleh sebut. Takkan aku nak letakkan semua perkataan tu kot. Over plak nanti khennn. Antara nya sebutan ALLAH. Abah tu sudah semestinya lah kan. Ibu ntah bila nak sebut. Ada terbaca kat FB. KITA NI SIBUK AJAR ANAK SEBUT PERKATAAN IBU/ABAH DULU. SEPATUTNYA KITA AJAR ANAK SEBUT PERKATAAN ALLAH DULU INSTEAD OF IBU/ABAH. Sentap aku sebab kena ngan batang hidung sendiri kan. Ibu²...sila ajar anak² sebut perkataan ALLAH dan kalimah² dulu yer.
Jangan tak tau, Qhalif dah pandai baca doa makan. Tapi kan...setakat tadah tangan dan amin kan jer lah...hehehe...ok lah tu kan ☺☺
Jangan tak tau, Qhalif dah pandai baca doa makan. Tapi kan...setakat tadah tangan dan amin kan jer lah...hehehe...ok lah tu kan ☺☺
Note: Breastfeeding journey. Ada 4 bulan lagi untuk lengkap 2 tahun...yeehhaaaaa...