Tapi sepenuh masa untuk 4 hari ni jerlah. Esok dah keja. Bos pon dah tanya tu. Lagi pon esok ada meeting.
Bukan mudah pekerjaan surirumah ni uols. Kerjanya adalah sangat taugh kalau nak dibandingkan dengan kerja2 office. 4 hari menjadi full time housewife bersama 3 orang anak yang 2 orang daripadanya tak sihat. Betul2 mencabar fizikal dan emosi aku.
Mana taknya, KETAWA BERSAMA..BERMAIN BERSAMA..MENANGIS PON BERSAMA. Qahirah kacau kimi, kimi usik qahirah...sampai bengkak kepala si abang di ketuknya dgn lego. Qhalif tarik rambut qahirah, qahirah tolak qhalif...ppfftttt...Berpinar kepala otak aku jap. Jadinya...gaduhlah, nangislah..ibu tak larat dah. Volumu tinggi pon tak jalan dah. Penat nangis kang senyap lah tu.
Macam kimi dengan qhalif, dorang memang ngam kalau main. Tapi kalau kimi & qhalif main ngan qahirah, mesti ada yang nangis. Iyerlah..budak pompuan main ngan budak lelaki kan. Tak berapa nak ngam. Ada masa ok, ada masa ko :-)
Budak2 tengah tak sihat, biasalah kan. Macam qahirah dan qhalif, mulut naik ulcer, merengek sketlah. Tapi tak der lah teruk sangat merengeknya. Still under control. Si ibu pon kenalah faham yg anak2 tak sihat kan :-)
Bak kata ustaz Azhar Idrus, pekerjaan yang paling banyak mendapat PAHALA adalah MENJADI SURIRUMAH. PAHALANYA melebihi segala pekerjaan lain di atas dunia ini. Beruntunglah kamu yang dapat menjadi SURIRUMAH SEPENUH MASA.
Note: Keletah anak2 yang kekadang buat ibu jadi hijau dan kekadang buat ibu gelak guling2 :-)
Inilah heavennya klo gi pasar malam kan. Boleh gantung kuali kat umah. Alasan malas masak kennn...ahaks...Macam2 jenis makanan ada. Duit pon laju jer mengalir sebab macam2 nak beli. Menternak lemak kekdahnya. Bila anak tak habis makan, si ibu ni lah yang tukang perabis. DBKL kennn.
Kalau gi pasar malam kat seksyen 7, Bangi ni, selalunya beli nasi kerabu/nasi dagang. Memang sedap dan murah. Si dia plak selalu kirim Lele Penyet. Harga RM 4.50 ko..murah kan. Anak bujang tu plak nak Char Kuey Teow, sedap pulok tu. Kekadang beli nasi lemak. Sedap juga. Pendek kata semua makanan kat pasar malam seksyen 7, bangi ni sedap2. Kebetulan ada plak org jual pulut mangga dan ada orang tu tak pernah lagi makan pulut mangga ko. Kesian kan orang tu :-)
Google pic
Kasi close up sket. Aku ni pandai makan jerlah, buatnya tak lulus lagi. Sebungkus pulut mangga RM5.00 dan penuh dengan mangga potong. Siap tanya tu macam mana nak makan. Sadis kan org tak pernah makan ni sampai cara mkn pon nak tanya...hehehe...
Owner ni siap cerita yg dia belajar buat pulut mangga kat thailand tau. Pulut tu pon import dari thailand. Rasanya....pergghhh...sedap wei. Pulut dia lembut jer. Bila campur plak dengan mangga dan santan...nikmatnya la haiii. Tak rugi beli. Memang sedap.
Note: Aarrgghhh...terbayang dah pulut mangga sedap ni. Tak per, esok ada pasar malam.
How time flies. Kejap jer dah 8 tahun usia perkahwinan kami. Suka duka, pahit manis, masam masin...cukup rencahnya. Perkahwinan mana yang tak dilanda badai kan. Adat lah tu dalam alam rumahtangga ni. Perkahwinan ibarat satu 'Perjudian'. Kebahagiaan dan penderitaan...bergantung pada kita. Kita yang mencorakkan perjalanan alam rumahtangga kita. Yang penting... SABAR dengan setiap dugaan yang datang.
Buat teman serumah, teman sebantal, teman bermesra, teman bergaduh, teman bermasam muka, teman menangis, my best friend dan SUAMI, Happy 8th Wedding Anniversary.
'GROING OLD WITH YOU IS THE BEST THING I COULD EVER DREAM OF. SO, I WILL CONTINUE TO GATHER ALL MY STRENGHT TO LOVE YOU. HOPE OUR RELATIONSHIP WILL BE FOREVER TILL JANNAH, IN SHAA ALLAH...Jika dengan IzinNYA'
Buatmu suami, maaf jika aku tak sempurna di matamu. Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah mu.
Masih berkisar pasal Chickenpox yang tak berkesudahan lagi. Kalau jumaat last week qahirah kena. Pagi sabtu tu dah start naik kat Qhalif. Allahuakhbar...bersiap sedialah wahai mental dan fizikal. Panjang lah cuti ibu ko ni nak.
Budak chickenpox yang happy go lucky. Kesian sangat kat qahirah, Chickenpox banyak naik kat muka...huhuhu...kat badan pon banyak & kat kepala pon ada. Lebih banyak dari kimi kena haritu. Macam biasa, naik ulcer juga dalam mulut. Tekak dan bibir pon merah. Kesian nengok.
Qhalif nyer CP pon banyak juga. Tapi tak sebanyak qahirah. Coming soon naik lah tu ulcer...huhuhu...kena standby eskem vanilla nih. Qhalif plak lately susah nak makan ubat. Ya! Allah...geram sbb banyak yg kluar dari yg masuk. Asyik makan ubat jer lately kot, tu yang bosan agaknya.
Hurrmmmm...kerja kat office berlambak tu. Nak buat mcm mana kan. Anak dah tak sihat. Mungkin ada hikmahnya Chickenpox berjemaah ni. Jaga dua org anak sekaligus. Jimat sket cuti.
Note: Jangan jangkit kat ibu plak sudah lah. Na'uzubillah hi min zalik. Rasanya pernah kena. Tapi tak sure Campak atau Chickenpox :-(
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com