Masih berkisar pasal Chickenpox yang tak berkesudahan lagi. Kalau jumaat last week qahirah kena. Pagi sabtu tu dah start naik kat Qhalif. Allahuakhbar...bersiap sedialah wahai mental dan fizikal. Panjang lah cuti ibu ko ni nak.
Budak chickenpox yang happy go lucky. Kesian sangat kat qahirah, Chickenpox banyak naik kat muka...huhuhu...kat badan pon banyak & kat kepala pon ada. Lebih banyak dari kimi kena haritu. Macam biasa, naik ulcer juga dalam mulut. Tekak dan bibir pon merah. Kesian nengok.
Qhalif nyer CP pon banyak juga. Tapi tak sebanyak qahirah. Coming soon naik lah tu ulcer...huhuhu...kena standby eskem vanilla nih. Qhalif plak lately susah nak makan ubat. Ya! Allah...geram sbb banyak yg kluar dari yg masuk. Asyik makan ubat jer lately kot, tu yang bosan agaknya.
Hurrmmmm...kerja kat office berlambak tu. Nak buat mcm mana kan. Anak dah tak sihat. Mungkin ada hikmahnya Chickenpox berjemaah ni. Jaga dua org anak sekaligus. Jimat sket cuti.
Note: Jangan jangkit kat ibu plak sudah lah. Na'uzubillah hi min zalik. Rasanya pernah kena. Tapi tak sure Campak atau Chickenpox :-(
Half day pagi ni. Bergilir dengan hubby menjaga anak dara yang kena Chickenpox pulak. Bertingkek2 dugaan den. Bermula dengan Kimi yang kena Virus Chickenpox. Lepas tu serabut plak kepala dengan masalah kulit si qhalif. Terbaru qahirah kena jangkita Virus Chickenpox plak.
Tak per. Dugaan kecil buat aku kalau nak dibandingkan dengan mereka yang lebih hebat dugaannya. Muhasabah diri jap. Terima dugaan dengan hati yang terbuka. Besar pahala jaga anaknyang sakit kan. Alhamdulillah :-)
Selang 2 minggu dorang berjangkit. Jadinya...kita tunggu next two weeks sama ada akan jangkit kat Qhalif atau tak. Kebetulan juga, si abah yang perasan naik biji2 kat badan anak dara tu. Kebetulan juga malam khamis Virus Chickenpox tu naik sama hari dengan abg kimi kena. Pagi ni dah makin bertambah biji2 tu.
Silap aku juga. Masa kimi kena chickenpox, aku tak terus jab anak2 untuk elak virus tu berjangkit. Bila dah masuk hari kelima, baru lah terfikir. Tapi dah terlambat sebab virus pon dah tersebar dan kemungkinan akan berjangkit tu tinggi sebab qahirah & qhalif dah terdedah dgn virus chickenpox tu. Penerangan dari DaddyZZZ haritu. 1st time handle anak chickenpox masa tu. Uols...sila take action klo anak kena Chickenpox. Terus jab anak2 yg lain utk elak berjangkit.
Budak merajuk
Malam smalam dah start asingkan tido. Tido dalam bilik sendiri. Nangis anak dara ni sebab nak tido dgn ibu, abah & qhalif. Nangis2 terus tido. Sian plak tengok tu :-(
Cuti...oh! Cuti. Cuti dah tinggal sikit. Nak minta MC ker nak amik cuti? Tak pernah MC lagi untuk tahun ni. Cemerlang kan...ahaksss...Kerja tengah banyak plak ni...huhuhu...
Note: Qahirah sibuk nak gi nursery. Acaner nak gi nursery kak. Kena halau balik nanti.
Apakah itu? Macam pelik jer...macam tak senunuh jer...hahaha...haiipppp...Jangan fikir yang bukan2. Meh tengok apa yang aku buat malam tadi. Haaaaaa...jangan nak otak kuning yer. Tengok ni:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni lah Hotdog + Egg = Love. Abaikanlah food presentation dan ke messy an Love aku tu yer. 1st time trial katakan. Practise make perfect. Nanti buat lagi kasi cantik. Semalam buat 2 ketul jer.
Keterujaan nak buat tetiba datang malam tadi. Anak2 pon teruja tengok. Siap suruh buat lagi. Nanti ibu belajar buat bentuk lain yer anak2. Ni pon lepas tengok Mama Asya @ Lyafrina buat. Tak susah pon.
Cuma rebus hotdog dulu. Pastu belah 2. Tapi jangan sampai putus. Jadikan bentuk LOVE and cucuk pakai lidi kat hujung love tu. Dah siap, goreng lah. Dah masak, tabur black pepper sket atas tu. Tambah sos cili/tomato dan mayonise. Siap untuk dimakan :-)
Note: Seronok bila anak2 puji masakan ibu sedap kan. Pandai anak2 amik hati ibu :-)
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com