Sedap sket bunyi klo di inggeriskan...hehehe...Saja nak buat uols terliur pepagi nih. Dari dapur Fiza Rahman kali ni kita buat menu simple lagi. Kalau haritu buat Sotong masak Lada Hitam, kali ni kita buat Udang masak Lada Hitam plak yer puan2.
Ini lah rupanya lepas dimasak. Rasanya??? Sedappppp. Tak caya? Cer try masak. Udang kan rasanya manis. Bila masak tu terasa kemanisan udang dan juga carrot. Bercampur plak dengan lada hitam tumbuk dan sos lada hitam....perrgghhhh...rasa manis, pedas pastu makan dengan nasi panas2. Terpejam2 mata sebab sedap...muahaha...hover plak ko kan sampai nak pejam2 mata. Tipu jer tu :-)
Tapi tak tipu tau. Sedap rasanya. Sendiri masak sendiri puji itu harus yer puan2. Resipi? Sama juga macam masak Sotong Lada Hitam haritu. Cuma udang ni aku goreng dulu sekejap pastu tambah carrot. Mudah, senang, simple, cepat dan sedap.
Sekian dari dapur Fiza Rahman. Kita jumpa lagi dalam resipi akan datang. Itu pon kalau ada resipi baru...ahaksss...
Note: Kepala serabut. Lepas kimi chicken pox, turn qhalif plak. Tapi bukan demam. Next entry kita citer. Sebab tak der gambar. Biar gambar yg bercerita. Dugaan sungguh :-(
Sebab mereka adalah Raja dan Ratu air. Nak gelar hantu air, tak syiok bunyinya kan...muahaha...
Tak dapat main air hujan, dapat tempias hujan pon jadi lah. Sambil menikmati permandangan hujan yang lebat kat luar tu. Anak2 aku ni memang suka main air. Especially qahirah & qhalif. Kalau dah masuk bilik air tu macam tak nak kluar. Nasiblah masih dapat air free lagi :-)
Note: Blur plak hari ni tetiba. Tak tau nak citer apa.
Alahaiiiii...luluh hati ibu ko ni mendengarnya nak. Touching plak rasanya. Budak Chickenpox @ Kimi yang soleh ni rindu kat kawan² skolah dia. Dah sminggu tak skolah kan. Isnin aritu gi skolah dia sekejap sebab nak hantar MC kat cikgu. Berkumpul kawan² dia kat pagar skolah tengok budak chickenpox ni sambil panggil 'hakimi...hakimi'. Kawan² pon rindu kat kimi juga yer.
Jadinya. Disebabkan luahan hati anaknda tercinta ni yang kerinduan kat kawan². Pagi ni ibu hantar gi skolah. Sebab Chickenpox pon dah beransur pulih. Kesian plak sebab hari ni last day skolah kan. Nanti tak jumpa lagi dah. Kalau satu skolah, ok lah lagi. Kalau lain² skolah? Tak dapek ibu nak nolong kan. Selfish ker aku sebab hantar anak baru baik chickenpox gi skolah?
Bukan apa, kesian sangat sebab dah last day harini kan. Mestilah nak jumpa kawan². Nak jumpa cikgu². Tapi daycare masih on lagi ☺☺
Note: Haku plak yang over touching bila anak last day hari ni. Teringat lagu 'Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati jangan lupa'. Lagu femes masa last day skolah ☺
Extra Note: Tak sempat lagi nak BW, nak publish komen and reply komen. Half day lagi hari ni. Have a great weekend uols.
Dalam erti kata lain, orang yang daya ingatannya dah makin kurang.Macam haku ni lah. Maklumlah, urat banyak putus masa bersalinkan ImanQahirahQhalif. Alasan munasabah klo terlupa kan...ahakss...
Mudah jer tips nya kan. Selalu jadi macam ni tau. Klo gi kedai, dah fikir dah nak beli apa. Tapi bila dah sampai kedai, trus lupa nak beli apa. Bila dah sampai rumah, baru ingatan tu dtg balik...cissskek btul tau. Mekasihlah ustaz sebab kongsikan tips nih :-)
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com