Dah habis pon ubat antibiotic ni
Bila 1st time handle anak yang kena Chickepox kan. Ini lah jadinya. Dalam entry Chickenpox, DaddyZZZ ada tanya sama ada dah bagi ubat Anti Viral tak? Aku pon blur sama ada ubat Anti Viral tu jenis injection atau jenis makan? Terus PM Dr. Khairul Faizie @ DaddyZZZ kat FB. Nak kan confirmation. Sebab doctor yang aku gi tu dia bagi ubat Antibiotics dengan cream sapu jer.
Then Dr reply yang sepatutnya tak perlu Antibiotic sebab Chickenpox caused by Virus, bukan bacteria. Alahaiiiii...apsal lah doctor kat klinik tu bagi antibiotic. Nak tau tak, dr tu dah tua tau. Dah macam nenek². Bekas bidan. Aku panggil dr nenek. Takkan dr nenek ni tak tau kot?
Malam smalam trus gi Klinik Pakar Kulit Premier. Doctor soal siasat jap. Tanya klinik tu bagi ubat apa. Aku pon citer lah. Dan dr tu cakap benda yang sama macam DaddyZZZ cakap. Dapatlah ubat Anti Viral dan calamine lotion selepas 6 hari kena Chickenpox.
Thank you so much DaddyZZZ for the information. Untung juga ada kawan blogger yang berstatus Doctor ni kan ☺☺
Note: Nasib lah cuti ada lagi ni. Nak amik MC nanti effect kat KPI.
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid