posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Tu lah, tau bawa kereta dan tau isi minyak kereta jer kan. Benda lain suma tak tau. Bila dah jadi macam ni, baru nak amik tahu...hehehe...Ni gara² bateri kereta kong Jumaat aritu. Terpaksa menolak keta ko. Gagah tak aku. Boleh tolak keta tu. SUPERMOM kan. Tipu jer. Tolak beramai² dan yang menolaknya semuanya WANITA. Haaa...silalah bayangakan macam mana wanita² ayu menolak keta dengan berbaju kurung. Haippp...gelak lah tu.
Sebelum ni memang dah rasa macam susah nak start enjin. Tapi buat don't know jer lah kan. Sekali masa jumaat aritu, elok jer amik anak². Nak gerak ballik umah lah ni. Kereta tak boleh start. Bila start jer kluar menatang merah lambang bateri tu. Banyak kali start...pon tak boleh. Nasib owner taska, kak sya and the gang ada lagi. Dia cakap bateri kong ni. Nasib lah bateri kong kat depan nursery. Buatnya kong kat tengah jalan? Mau nangis dibuatnya.
Keta plak makan jalan sket. Terpaksalah menolak menggunakan kuasa ultraman wanita. Ringan jer keta proton tu ko rupanya. Aku kawal steering, yang lain tukang tolak. Nak gelak pon ada. Nasib masa tu maghrib. Hari dah gelap dan orang suma dah berkurung dalam umah. Owner taska tolong hantar balik. Mekasih kak sya.
Kereta parking kat nursery. Malam tu hubby datang bawak bateri baru. Sekali...boleh plak start enjin. Main² plak ko yer keta. Tapi memang dah kena tukar bateri pon. Itu dia dah bagi warning gamaknya. Dah 4 tahun usia bateri tu.
Note: Banyak benda pasal kena nak kena amik tahu.
Buat ibu dia ni jadi stress. Stress sebab tak tahu kehendak anak bujang tecik lagi soleh nan sorang tu. Start tantrum dari last week lagi. Bagi apa semua tak nak. Makan pon tak nak. Main campak jer. Sampai TAB aku tu pon dicampaknya. Aku nak buat kerja pon tak boleh. Menangis²...merengek². Nak ibu dia ni membelek dia 24/7. Nak mengempeng jer kerjanya.
Aku tak tau lah si Qhalif ni tantrum sebab apa. Sebab nak tumbuh gigi ker? Sebab nampak gigi geraham atas tu nak kluar. Bukan 1 geraham, tapi 2 geraham kluar serentak. Itu ker yang buat dia rasa tak selesa? Bayangkanlah...qhalif mengempeng waktu malam non stop. Iyer...non stop. Asal aku tarik nip, dia bangun dan menangis². Asal aku terjaga, nip aku masih kat mulut dia. Kalau aku tarik, nangis lagi. Sampaikan nip aku melecet, terbelah dan berdarah. Dugaan tak dugaan tu.
Baru ni aku demam 3 hari. Panas naik 39' Celsius gara² bengkak susu dan nip melecet. Nasib sebelah lagi ok. Bagi sebelah jer lah. Tu yang bengkak. Nak pam sakit. Bila pam, berdarah. Seksa hokey. Ni masih belum sembuh lagi. Ubat nya aku hanya letak susu ibu kat tempat yg terbelah tu.
Sedih lah. Sampai satu tahap, aku dah fed up. Aku biarkan dia nangis. Apa lagi...nangis tak hingat, berguling² dah macam citer hindustan. Sampai aku pon kena tantrum skali. Ya! allah...betapa mencabarnya menjadi seorang ibu ni. Betapa mencabarnya nak menangani karenah anak kecil ini.
Cepat² tantrum Qhalif ni pergi jauh². Ibu dah tak tahan dah dik. Ibu tak nak marah² awak. Nampak macam ibu ni bodoh sebab awak bukannya tau apa pon. Tau nangis jer. Tapi ibu ada banyak kerja rumah nak buat. Tak boleh nak tumpu perhatian kat awak sorang jer. Pagi ni pon awak nangis² tak nak gi nursery kan. Buat hati ibu tak tenang kat office ni tau.
Saya harap saya boleh menjadi ibu yang baik buat anak² saya. Saya akui yang dunia keibubapaan ni bukanlah mudah. Kehadiran anak² adalah kegembiraan dan rahmat buat kita sebagai ibu bapa dan kadangkala perbuatan mereka menguji kesabaran kita. Dan kita kena ingat, anak² juga adalah sebahagian daripada ujian yang ALLAH berikan. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna supaya mereka dapat membesar dan menjadi seorang muslim yang baik. In shaa allah...
Note: Bestnya kalau dapat jadi surirumah sepenuh masa :-(