Tu lah, tau bawa kereta dan tau isi minyak kereta jer kan. Benda lain suma tak tau. Bila dah jadi macam ni, baru nak amik tahu...hehehe...Ni gara² bateri kereta kong Jumaat aritu. Terpaksa menolak keta ko. Gagah tak aku. Boleh tolak keta tu. SUPERMOM kan. Tipu jer. Tolak beramai² dan yang menolaknya semuanya WANITA. Haaa...silalah bayangakan macam mana wanita² ayu menolak keta dengan berbaju kurung. Haippp...gelak lah tu.
Sebelum ni memang dah rasa macam susah nak start enjin. Tapi buat don't know jer lah kan. Sekali masa jumaat aritu, elok jer amik anak². Nak gerak ballik umah lah ni. Kereta tak boleh start. Bila start jer kluar menatang merah lambang bateri tu. Banyak kali start...pon tak boleh. Nasib owner taska, kak sya and the gang ada lagi. Dia cakap bateri kong ni. Nasib lah bateri kong kat depan nursery. Buatnya kong kat tengah jalan? Mau nangis dibuatnya.
Keta plak makan jalan sket. Terpaksalah menolak menggunakan kuasa ultraman wanita. Ringan jer keta proton tu ko rupanya. Aku kawal steering, yang lain tukang tolak. Nak gelak pon ada. Nasib masa tu maghrib. Hari dah gelap dan orang suma dah berkurung dalam umah. Owner taska tolong hantar balik. Mekasih kak sya.
Kereta parking kat nursery. Malam tu hubby datang bawak bateri baru. Sekali...boleh plak start enjin. Main² plak ko yer keta. Tapi memang dah kena tukar bateri pon. Itu dia dah bagi warning gamaknya. Dah 4 tahun usia bateri tu.
Note: Banyak benda pasal kena nak kena amik tahu.