posted from Bloggeroid
Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru *ceewaaahhhh ayat haku. Bulan Muharram, bulan pertama dalam kalender Islam yang hadir saban tahun disambut oleh umat Islam sebagai tanda kecintaan kita terhadap Islam. Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1434 Hijrah dan selamat datang 1435 Hijrah. Masih mengekalkan tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'
Salam Maal Hijrah buat semua umat islam diseluruh dunia. Marilah kita sama² menghayati erti hijrah itu sendiri. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.
Note: Jom kita audit diri kita. Sudah berpuas hatikah dengan prestasi amal ibadah kita untuk tahun ni?
Budak ni nangis bukan sbb kena pukul tau. Tapi tengah merajuk sebab ibu dia tak layan...hehe..
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~*
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Submer: FB Nadia Hazmi
Note: Bertabah dan Bersabarlah dalam mendidik dan menagani kerenah anak² kita. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri juga ni.
Extra Note: Selamat datang November. Kejap jer kan.
Extra Note: Selamat datang November. Kejap jer kan.