Simple menu untuk dinner malam tadi. Kebetulan sotong dah siap siang. Tinggal nak masak jer. Tu yang cepat sket siap. Nak buat sambal, asyik sambal jer. Trus google resipi yang berasaskang sotong. Semua dihujung jari katakan. Ok...jumpa menu yang simple ni. SOTONG MASAK LADA HITAM.
Tadaaaaa...kejap jer dah siap. Menu simple katakan. Orang macam aku ni memang suka resipi yang simple². Cepat dan mudah. Kebetulan bahan² suma ada. Cuma aku derhaka sket ngan resipi bila daun bawang di ganti dengan daun sup. Nampak cantik sket kalernya. Nak resipi? Nah...salin ni:
Bahan A :
- 300 gram sotong - dipotong kecil
- 1 labu bawang besar - dipotong gelang
- 3 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
- 1 biji tomato - dipotong 4
- Daun bawang - dipotong 1 inci
- Garam - sekiranya perlu
Bahan B (Bagi Menumis) :
- 3 ulas mawang merah
- 2 ulas mawang putih
- 1 tangkai cili merah
Cara-cara :
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
- Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam.
- Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar, masukkan tomato. T
- Tutup api dan taburkan daun bawang.
- Sedia dihidangkan.
Resipi dari: MR. MAMA
Dah salin? Jangan lupa masak tau. Boleh juga diganti dengan daging, ayam, udang dan ketam. Rasanya...perghhhhh...memang terbaik. Makan plak dengan nasi panas². Terangkat babe sebab panas dan pedas. Habis lah lauk ngan nasik seperiuk untuk 5 beranak ni makan malam tadi. Next time boleh repeat lagi Sotong masak lada hitam ☺☺
Note: Hari² fikir pasal masak sampai dah tak tau nak masak apa.