Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana, Saat entry ni ni publish, saya dah pon mula bercuti. Jaga anak² kat umah sebab Nursery dah tutup. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke..
Buat bakal² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan untuk peringatan kita bersama, marilah sama² kita hayati perayaan yang istimewa ini kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Note: Entry C and P jer...ahaks...Smoga kita dapat menjadi tetamu ALLAH satu hari nanti.