Sedang membayangkan berada di dalam kolam. "Arghhhh...bestnya dapat mandi dalam pelampung ikan ni"...ko nampak tak tu. Bukan main tersengih2 si qhalif yang bijak ni. Ntah apa lah yang bermain dalam kepala tu kan.
Ni kes tak dapat mandi kat Sunway Lagoon sabtu aritu kot. Dapat tengok abang dan kakak jer mandi manda. Kebetulan plak qhalif tak sihat. Muntah2 pagi tu 5 kali. Sebelum gi SL tu singgah klinik dulu. Dr pesan jgn bagi mandi kolam.
Sian qhalif. Lemah jer aritu. Petang tu muntah selambak lagi. Total muntah of the day adalah 8 kali. Risau wei. Klo berlarutan juga memang kena gi spital. Tapi Alhamdulillah, ahad tu dah ok dan dah berselera nak makan. Pheeewwww...syukur.
Note: Nanti kita gi mandi kolam yer dik. Nak beli kolam beso tu rumah kita ni apartment. Tak kan nak mandi kolam kat balkoni kot :-)
Ragam anak2. Sebijik macam dalam gambar ni. Boleh jer buat sendiri sebenarnya tapi nak IBU juga yang buat. Bab makan tu pon sama juga. Layan kan jer lah sebab dorang masih kecik lagi. Bila mereka dah besar nanti, mesti kita akan rindu moment2 yg macam ni kan :-)
Note: Salam pagi isnin. Tak nak monday blues yer hari ni.
Perghhhh...nampak tak? Kena ada pendapatan RM12,000 sebulan tu klo nak beli rumah. Tak payah nak tunggu tahun 2020, skang pon dah tak mampu nak beli. Harga rumah dan yang sewaktu dengannya memang tiap2 tahun akan naik. Tapi gaji? Naik tak seberapa. Tapi alhamdulillah, kami dah ada aset yang satu ni. Even hanya sebuah apartment. Itu jer yang mampu.
Dimana/macam manalah kita dan anak2 kita pada tahun 2020 nanti kan. Kereta makin mahal, rumah makin mahal, kos sara hidup makin tinggi dan macam2 lagi lah. Yang kaya makin bertingkek2 hartanya. Yang tak kaya ni?...renung2 kan lah yer pak2 menteri sekalian.
Note: Bila membaca laporan audit negara, betapa banyaknya pembaziran yg tak sepatutnya. Sedih :-(
Sejak dah pandai buat bread pudding ni kan, asyik nak membaking jer. Tu blom pandai buat kek lagi. Kalau dah pandai sok?..hehehe...Ini sebenarnya nak menghabiskan stok roti yang ada kat umah tu. Terlebih beli plak. Si isteri dah beli, tapi si suami ni tak perasan agaknya, dibelinya lagi. Mau muntah roti ko.
Daripada expired macam tu jer, rugi kan. Nak buat bread crumbs, jarang sangat pakai. Yang ada tu pon tak habis2 lagi. Jadinya...kita buat bread pudding jer lah. Bread pudding klo makan sejuk2....perghhhh...memang nikmat :-)
Pagi ni berbekalkan bread pudding. Satu bekas utk anak2 dan satu bekas lagi untuk mak budak. Bapak budak? Biasalah...org lelaki ni ikut mood kalau nak bawa bekal kan.
Note: Hari ni ada pasar malam. Gantung kuali lah malam ni :-)
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com