Beratur bukan setakat masa membeli makanan jer tau. Kat mana2 pon kena beratur. Nak fitting baju, nak masuk toilet even atas jalanraya pon kenalah beratur juga. Jangan ikut suka hati ko jer nak memotong kan.
Yang aku paling hangin, memotong masa kat traffic light. Perghhhh..menyirap jer rasa. Aku penat2 berbaris sket punya panjang, bley plak ko main cantas jer kan. Bukan itu jer, dah lah tak nak berbaris, menyusahkan keta lain yang nak masuk simpang tepi before traffic light.
Yang lagi selfish, siap parking tepi tunggu sampai lampu hijau. Pastu menyilok. Apa punya attitude lah. Aku klo dapat pemandu macam ni sorry lah, tak der aku nak bagi masuk. Klo dapat masuk pon memang aku hon panjang sket. Orang lan pon nak balik juga kan. Tapi tetap lah kena ikut barisan. Hormatlah kat pemandu lain juga.
Note: Memang menguji kesabaran bila ada kat atas jalanraya ni.
Senang jer nak gembirakan hati anak2 kan. Dapat birthday kek sebiji pon dah happy. Simple calebration untuk birthday Qahirah hari rabu tu.
Happy face sebab dapat blow the candle and the cake. Excited uols. In shaa allah, klo ada rezeki teringin juga nak buat birthday party. Masih dalam perancangan.
Note: Tak der hadiah mahal yg boleh ibu berikan selain dari kasih sayang yang tak berbelah bagi.
25 September 2010 - 25 September 2013, genap usia Qahirah 3 tahun.
Newborn
1 Month - 12 Months
2 Years Old
3 Years Old
How time flies. Kejap jer anak dara ibu yang bijak ni dah besar. The one and only princess buat masa ni. Makin banyak akal dan banyak ragam. Mulut macam bertih jagung...non stop. Pandai buat lawak.
Selamat Hari Lahir buat anak dara ibu, Qahirah. Doa seorang ibu tak lain tak bukan...Inginkan anaknya membesar sebagai anak yang solehah, membesar sebagai anak yang bijak pandai dan sihat tubuh badan. Hormat kedua ibu bapa dan orang yang lebih tua. Menjadi kakak/adik yang penyayang pada Abang Kimi dan Adik Qhalif. Dan smoga kehidupan akan sentiasa diberkati didunia dan akhirat. Amin...in shaa allah.
Ibu, Abah, Abang Kimi dan Adik Qhalif sayang kakak hingga hujung nyawa. Nanti kita calebrate birthday kakak yer.
Note: Teringin nak buat birthday party untk anak2...hurrmmm...in syaa allah klo diizinkan :-)
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com