Bertemu kita dalam Zespi's 14-day Scoop of Amazing Challenge yang sudah masuk hari ke tujuh. Untuk menu kali ni sangatlah mudah dan simple jer penyediaannya. Kita buat fruit salad jer. Mudah kan.
Bahan2 yang di perlukan sudah semestinyalah buah-buahan kan. Terpulang pada anda nak pakai buah apa pon. Tapi untuk fruit salad yang saya buat ni, saya menggunakan buah zespri® kiwifruit green dan sungold, epple dan juga buah anggur. Campurkan dengan thousand island sos.

Dah siap Colourful Fruit Salad ni. Untuk hiasan *hiasanlahsgtkan, saya letak sket buah tomato. Smiley lah kononnya...ahaks...
Untuk orang yang nak diet, sangatlah sesuai makan fruit salad ni. Nak tau tak, buah kiwi sangat baik untuk pesakit kencing manis kerana ia tidak akan meningkatkan gula dalam darah dengan cepat. Sebab kiwi mempunyai indeks glycemic (GI) yang rendah.
Untuk cabaran yang sebelumnya, boleh refer dibawah ni:
FACEBOOK: https://www.facebook.com/afizah.rahman
INSTAGRAM: http://instagram.com/fizaabdrahman
TWITTER: https://twitter.com/FizaAbdRahman
Jangan lupa juga layari website www.zespri.com.my untuk maklumat lanjut
posted from Bloggeroid
Terdapat dua jenis takdir yang kita sedia maklum iaitu QADA' dan QADAR. Tapi jelas ker kita dengan maksud QADA' dan QADAR ni? Meh nak kongsikan supaya uols jelas dengan maksudnya.
QADA' dan QADAR
Takdir Qada' (kehendak Allah) boleh diubah melalui berdoa, melakukan amalan soleh, ataupun berusaha.
Contoh Takdir Qada' adalah berkenaan dengan rezeki (duit), jodoh (perkahwinan - pemilihan, kebahagiaan), tarikh kita mati (sama ada panjang ataupun pendek, itu sebab ada doa supaya memohon panjang umur dan sebagainya, menyambung silaturahim.
Takdir Qadar adalah berkenaan ketentuan Allah (tidak boleh diubah sampai bila-bila)
Contoh Takdir Qadar adalah mati, (setiap yang hidup pasti akan mati), jantina (kita boleh ubah, tetapi itu dilaknat, tetapi ianya hanya usaha yang palsu dan tidak berhasil secara sempurnanya), Setiap orang yang panjang umur pasti menjadi tua (tidak boleh ubah yang sudah tua hendak jadi muda).
Kedua-dua jenis Takdir ini perlu diketahui dengan jelas, supaya seseorang itu tidak menyalahkan takdir, apabila pendapatannya sedikit, ataupun jodohnya tidak panjang, kerana perkara seperti ini termasuk di dalam Qada' Allah iaitu Takdir yang kita boleh ubah dengan mengamalkan 3 kaedah mengubahnya termasuk berdoa.
Malam Lailatur Qadar itu adalah masa yang antara terbaik bagi mendoakan supaya Qada' kita berubah dari yang baik kepada lebih baik. Sekiranya sekarang kurang baik, supaya menjadi baik.
Sumber: FB Shamsuddin Kadir
Sumber: FB Shamsuddin Kadir
So...dah jelas kan apa maksudnya. Jangan sedap mulut jer nak cakap "owh...dah takdir aku hidup miskin"..."owh...dah ditakdirkan jodoh aku dengan si dia"...bla,,bla...bla.... Pada hal kita boleh jer ubah nasib kita. Pokok pangkal nya diri sendiri....NAK atau TAK NAK. SANGGUP atau TAK RANGGUP.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” - Ar-Ra’d : 11
Tersenyumlah ketika kita kehilangan sesuatu kerana ALLAH telah menyediakan yg terbaik untuk kita
Tersenyumlah ketika kita bersedih kerana ALLAH akan menghilangkan kesedihan kita kepada kebahagiaan
Tersenyumlah ketika kita disakiti kerana ALLAH akan mengubah kesakitan kepada ketenangan
Tersenyumlah dan terus tersenyum kerana pertolongan ALLAH sudah hampir
Note: Wanita yang kuat/tabah adalah wanita yang mampu tersenyum di waktu pagi seperti dia tidak menangis semalam.
Extra Note: People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget HOW YOU MADE THEM FEEL
Pejam celik pejam celik. Anak soleh ibu ni dah makin bertambah bulannya. Kejap jer dah 17 bulan. Rasa macam baru jer lagi ibu lahirkan awak dik. Masih lagi berhutang dengan kawan² ibu pengalaman ibu melahirkan awak. Pengalaman melahirkan yang cukup² mudah dan senang. Alhamdulillah...

Syukur padaNYA sebab Qhalif yang soleh membesar sebagai anak yang sihat. Makin banyak akal, banyak ragam dan banyak mulut. Anak yang senang dijaga.

Dan akhirnya...saat yg ibu tunggu² muncul juga bila qhalif yg bijak dah boleh jalan. Di usia setahun 4 bulan baru dapat kaki. Excited bila dah bley berjalan yer dik. Memanjat jangan cakap lah. Expert dah.
Alhamdulillah...qhalif yang soleh lagi bijak masih fully breastfeed. Aduhaiiii...moment yg sangat indah bila kita dpt breastfeed anak. Bonding ibu dan anak. Tangan comel yg suka merayap2...kat badan, kat muka ibu ni, mulut, pipi dan sampai hidung ibu pon nak dikoreknya. Punyalah asyik nyonyot kan. Ada 7 bulan lagi dik utk ibu capai misi 2 tahun.
Note: Bersiap sedialah utk dicucuk yer qhalif :-)
posted from Bloggeroid