Zespri® Kiwifruit Cereal with Freshmilk for Healthy Breakfast - DAY 5
Aku Monday, September 09, 2013
Perghhhhh...tajuk sikit punya panjang. Sejak join cabaran Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge ni, rajin plak aku memasak. Masakan siap berhias bagai...ahaks...Sebelum ni pon memang rajin memasak. Tapi untuk cabaran ni tahap kerajinan nya tu lain macam sket...hehehe...
Breakfast simple jer pagi ni. Paling senang, ringkas dan cepat. Zespri® Kiwifruit Cereal with Freshmilk. Healthy breakfast katakan.
Sebelum dituang susu
Selepas dituang susu
Bagi anak² makan sebelum dorang gi sekolah and nursery.
Ibu mithali dan isteri solehah tengah bagi anak² makan. Take turn yer anak². Cepat makan cepat lah ibu gi kerja dan hantar anak² gi nursery. Hanya dengan sebiji Zespri® Kiwifruit sehari sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan vitamin C harian anda.