Cerita Open House Raya - Menternak Lemak @ Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya
Aku Monday, August 26, 2013
Open house lagi ko. Ni jumaat last week nyer citer. Memang menternak lemak sungguh wei. Sebelum tu, layan gambar puan tanah kedaung dulu...ahaks...
Bergambar itu harus...hehehe...Gi ngan member office. Dekat jer pon ngan office. Majlis start pukul 2.30 pm. Tapi nak mencari parking tu satu hal lah kan. Terpaksa lah jalan kaki sket. Dengan cuaca yang panas...perghhhhh...Antara makanan yang menggamit tetamu:
Percaya tak? Silalah percaya. Aku makan semua makanan di atas. Kecuali kambing panggang tu amik 2-3 ketul daging jer. Sebab tak berapa nak menepati piawaian tekak. Boleh gitu...hehehe...Tapi yang lain² memang sedap.
Tapi kan. Sebelum tu aku dah makan. Ada date dengan my online buddy...Blog, FB and IG. Siapa lagi kalau bukan IZAN. Bertukar² barang katakan. Aku bagi Sampul Raya, dia bagi FM hasil kiriman aku. Meh terjah IG aku *motif?? promote jap...hehehe...
Bercakap pasal makan. Memang menernak lemak sungguh jumaat aritu. Masa dating tu dah makan Wantan Mee sup. Pastu makan kat Open House lagi. Kenyang sampai ke petang. Pastu malam membedal nasi pulok. 2 kali tambah ko. Makan bersuap ngan anak² dan suami. Aku lah tukang suapnya kan. Bila masing² dah kenyang, aku tak kenyang lagi. Tu yang tambah. Makan dah macam membela kekdahnya...muahahaha...Tapi aku memang kuat makan. Alhamdulillah...badan maintain comel gitew ☺☺
Note: Jumaat ni ada open house @ 3.00 pm dan pot luck raya @ 11.30 am. Makan...makan...dan makan...phewwww...fengsan...