Ok...bersambung kisah semalam. Kalau semalam cerita tentang Kecomelan Kami...ahaks...Hari ni cerita pasal kisah raya KAMI pulak yer.
Dimulakan dengan kisah sehari sebelum raya. Pepagi dah mencemar duli kat umah mak. Tolong apa yang patut kan. Semua barang untuk memasak dah siap. Sebab kakak aku yang rajin tu dah buat. Tinggal nak masak jer. Tugas aku plak mengemas rumah, tukar langsir, isi kuih dalam bekas dan buat apa yang patut lah.
Malam raya tu gak orang² masjid akan datang dari rumah ke rumah untuk bertakbir raya. Jangan tak tahu, kat Kg Pandan ni masih ada lagi aktiviti macam nih. Bukan kat kampung² jer tau. Tapi orang² lama dah tak ramai, banyak budak² jer. Seronok ah dorang sebab dapat banyak duit raya ^_^. Tiap² tahun memang ada aktiviti nih.
Tapi aku tak dapat nak tengok orang bertakbir raya kat rumah sebab selesai jer mengemas, aku balik bangi. Nak kemas umah yang macam tongkang pecah plak. Tak habis mengemas lagi. Tambahan pula dengan sinki yang tersumbat. Memang strees lah kan. Kalau malam raya memang aku orang yang paling lewat tidur.
1 Syawal 1434H - Satu hari di Hari Raya
Buat pertama kalinya beraya di rumah sendiri selepas hampir 4 tahun duduk kat Bangi ni. Memang dah decide dengan hubby. Nak mencari kelainan kononnya. Pepagi dah bangun, kejutkan anak². Si abah ngan anak bersiap² nak solat raya. Si ibu plak prepare apa yang patut.
Balik dari solat raya, kita breakfast dulu yang simple². Sampai umah mak nanti kita bedal makanan raya plak. Dah isi perut, maka bermulalah sesi bergambar. Memandangkan memory card ntah mana letaknya, jadinya kita pakai Samseng TAB sudah. Siap adjust tempat dan set timing lagi ko. Dan ini lah hasilnya:
US...with blue theme >_<
Complete kami anak beranak. Gambar paling berharga sebab inilah satu² nya gambar kami anak beranak yang complete. Sadis kan. Bukan tu jer, mencabar betul nak amik gambar ni. Si Qhalif bad mood plak pagi tu. Tak memberi kerjasama tau si budak motak ni. Mak pak ko punyalah over posing. Dapat kat anak²...muka tak ready...haishhhh...jadilah. Tak der orang yang nak tolong amikkan. Set timing jerlah.
'Sayang Abah'
'Abah...maafkan qhalif'
Sesi salam bersalaman pulak. Anak² salam cium tangan abah. Yang tak bestnya, gambar anak² cium tangan ibu dia ni nan hado....cis...hahaha...Selesai turn anak², turn ibu pulak lah kan. Minta maaf dengan En. Suami.
Sebenarnya...Dia Suami saya dan saya Isteri dia
Dari tangan si kimi yang gigil ☺
Gambar mahal juga ni. Jarang bergambar berdua ngan hubby. Biasalah...orang tu tak mesra camera. Ni pon bergambar syiok sendiri. Sendiri bergambar dan sendiri amik gambar. Minta tolong Iman Hakimi amikkan, tengoklah hasilnya kat atas tu. Beso sangat samseng Tab tu gamaknya. Tu yang gigil²
Selesai bergambar, balik umah mak lah pulak. Tahun ni turn kakak aku kat ganu beraya di KL. Abang plak balik N9 last minute. Sepatutnya memang giliran beraya di KL. Tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan. Abang long balik lepas solat raya. Kakak yang lagi sorang tu pon sama. Adik plak turn JB tahun ni. Seronok dpt berkumpul ramai² sampai lupa nak amik gambar se falimy...haishhhh...
Tahun ni tak berjalan sangat pon. Jalan² beraya kat umah jiran. Pastu raya kedua balik umah mak mertua kat Rawang. Raya ketiga beraya umah makcik hubby...hurmmmm...
Note: Jenuh nak mengarang entry raya ni. Minggu ni banyak open house. Menternak lemak kekdahnya ni.