Marahnya seorang Isteri:
"Ustaz...isteri saya bila marah suka jelign saya dengan ekor mata.Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pon ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam lah pulak "
Marah Seorang Suami:
Sifat amarah sifat Iblis. Pandang wajah isteri ketika marah. Renung matanya. Mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasa lah...isteri bila dimarah atau di herdik akan mudah menangis.
Apa kata, ketika marahkan suami, cepat² pandang pokok² yang hijau atau warna² lembut. Jangan sesekali tengok warna² yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulama' kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran, pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu', nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.
Suami yang sedang marah, cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika anda memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk anda. Pandang pada tangannya...tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk anda.
Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita, bukan emosi
Sekadar peringatan buat para suami dan isteri. Terimalah kelebihan dan kekurangan suami dan isteri kita seadanya.
Note: Biasalah ni...marah² sayang ☺☺