Alhamdulillah...lega rasanya bila dah dapat surat kelulusan penempatan untuk tahun 2013. Risau juga takut tak dapat sebab daftarnya last minute. Nombor giliran pon banyak [SINI]. Nasib tergerak hati nak check peti surat. Selalu check tak der plak surat dari skolah. Tu yang malas. Sekali check last week ada plak. Dah sminggu dapat rupanya.
Tapi kan, kad IMUNISASI Iman Hakim tu haku dah lupa kat mana letaknya. Harus selongkar satu rumah jawabnya ni. Harap² jumpa lah kad tu. Hurmmmmm...macam tak percaya jer aku dah ada anak yang nak masuk darjah 1 tahun depan. How time flies (^_^)
Uols dah check ker? Untuk selangor boleh check kat website JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR. Klik dekat semakan status permohonan. Kalau yang masih belum dapat surat tu, bley check kat website juga.
Note: Buat pertama kalinya aku tak bangun sahur. Sedar² dah pukul 6.00 pagi...huwaaaaaa...Bertahan lah wahai diri.
Extra Note: Hari ni berbuka puasa kat Marriot, Putrajaya. Terbayang sudah Kambing Panggang...ahaks...
Sebab kita bukan tuhan. Semuanya sudah tertulis. Sangat sedih bila membacanya. Tak kan ada seorang ibu yang sanggup tinggalkan anaknya dengan sengaja dalam kereta. Kecuali kalau ibu itu memang mental. 5 jam terperangkan dalam kereta dengan keadaan cuaca yang panas. Dah tertulis ajal si anak pergi dengan cara begitu. Kalau bukan dengan cara itu pon, barangkali dengan cara yang lain.
Kita yang membaca pon rasa sedih apatah lagi si ibu yang kehilangan anak buat selama² nya. Rasa trauma, kesal dan rasa bersalah mungkin akan menghantui si ibu seumur hidup. Tapi yang paling sedih bila ada yang menghentam si ibu ini. Iyer...memang betul dia cuai. Si ibu dalam situasi yang kelam kabut dan tergesa². Bila seseorang dalam keadaan yang macam ni, ianya boleh menjadikan kita seorang yang pelupa dan careless. Kita sendiri pon tak terkecuali dengan situasi yang macam ni. Tapi takkan anak pon boleh lupa kan? Itu semua percaturan allah...kun faya kun - 'jadilah', maka jadilah ia. Kita tak berada di tempat si ibu. Boleh lah kita mengutuk, mengeji dgn komen² yang kejam. Cuba kena kat batang hidung sendiri? Bersyukurlah kerana ianya tak terjadi pada kita.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Jangan lah ditambah lagi luka si ibu kerana dia dah cukup terluka kerana kehilangan anak. Yang pasti, si anak dah menunggu ibu bapanya di SANA nanti. Kita ada ker? Jadikanlah ianya sebagai satu pengajaran dan peringatan buat kita supaya lebih berhati². Semoga parents ini tabah.
Note: Ini hanya pendapat aku. Terpulang pada pandangan masing² nak menilainya.