Sebab kita bukan tuhan. Semuanya sudah tertulis. Sangat sedih bila membacanya. Tak kan ada seorang ibu yang sanggup tinggalkan anaknya dengan sengaja dalam kereta. Kecuali kalau ibu itu memang mental. 5 jam terperangkan dalam kereta dengan keadaan cuaca yang panas. Dah tertulis ajal si anak pergi dengan cara begitu. Kalau bukan dengan cara itu pon, barangkali dengan cara yang lain.
Kita yang membaca pon rasa sedih apatah lagi si ibu yang kehilangan anak buat selama² nya. Rasa trauma, kesal dan rasa bersalah mungkin akan menghantui si ibu seumur hidup. Tapi yang paling sedih bila ada yang menghentam si ibu ini. Iyer...memang betul dia cuai. Si ibu dalam situasi yang kelam kabut dan tergesa². Bila seseorang dalam keadaan yang macam ni, ianya boleh menjadikan kita seorang yang pelupa dan careless. Kita sendiri pon tak terkecuali dengan situasi yang macam ni. Tapi takkan anak pon boleh lupa kan? Itu semua percaturan allah...kun faya kun - 'jadilah', maka jadilah ia. Kita tak berada di tempat si ibu. Boleh lah kita mengutuk, mengeji dgn komen² yang kejam. Cuba kena kat batang hidung sendiri? Bersyukurlah kerana ianya tak terjadi pada kita.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Jangan lah ditambah lagi luka si ibu kerana dia dah cukup terluka kerana kehilangan anak. Yang pasti, si anak dah menunggu ibu bapanya di SANA nanti. Kita ada ker? Jadikanlah ianya sebagai satu pengajaran dan peringatan buat kita supaya lebih berhati². Semoga parents ini tabah.
Note: Ini hanya pendapat aku. Terpulang pada pandangan masing² nak menilainya.