Terima Kasih buat Cikgu Yanti dan juga Acik Riotaro diatas kiriman hadiah dan juga Kad Raya dari Cikgu Yanti. Alhamdulillah. Rezeki bila ber blogging ni kan. Ada join beberapa giveaway dan nama sangkut plak. Bestnya. Meh tengok apa hadiahnya:
Parcel dari Acik. Dapat bantal yang cute tu, tali cute utk sangkut kat HP dan juga FM.
Yang ni plak dari Cikgu Yanti...FM, key chain dan juga Kad Raya. Bertambah lah koleksi FM ku.
Note: Jom terjah blog mereka ☺
Wahai muslimah,
Mmg kerjanya syaitan apabila sudah ingin menutup aurat, dipalingkan pula supaya tidak mengikut syariat. Syaitan menghiasi wanita itu dengan pandangan nafsu dari setiap sudut anggota badan apabila ia keluar dari rumahnya.
Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok (aurat), apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki.” (At-Tirmizi).
Juga, Allah Azzawajalla telah memperingati kita Kaum Adam dan Hawa untuk menjaga pandangan mata :
Nur [30] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.
Nur [31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)
let's cover our aurah..
let's be beautiful..
not beautiFOOL
Source: FB
Note: Ingat mengingati di bulan Ramadhan ni. Sama² kita jaga penampilan kita daripada baik kepada yang lebih baik lagi.
Ni gara² pelupa tak habis² lagi ni. Kekacang, kismis dah banyak makan. Tapi penyakit lupa masih tak surut². Kisah semalam. Aku LUPA TUTUP SUIS IRON. Sampai ke malam iron tu panas ko. Nasib kedudukan dia menegak macam dalam gambar tu. Kalau tak...mau terbakar iron board tu.
Si dia yang perasan malam semalam sebab nak charge ipad. Mulalah perli 'Siapa tak tutup iron ni'. Kelam kabut masuk bilik. Buat² muka tak bersalah. Confident jer kata dah tutup iron tu. Pastu si dia soh pegang. Tapi tak der lah aku pegang. Cuma dekatkan tangan dekat iron tu. Memang terasa bahangnya.
Pada firasat aku, macam dah tutup iron tu. Rupa²nya tak tutup. Inilah masalah aku kekadang. Bila penyakit was² datang, kalau dah kunci pintu boleh masuk umah balik nak check suis dah tutup ker belum. Pada hal dah tutup. Kalau belum tutup tu kira bernasib baik lah sebab aku masuk umah balik kan ☺☺. Tapi semalam tak bernasib baik sebab aku confident yang suis iron tu dah tutup.
Haishhhhh...banyak lah bil api macam ni. Dari pagi sampai malam ko suis tu beroperasi. Ni dah 2nd time aku lupa tutup suis. Masa 1st time dulu si dia tak tau. Kalau dia tau ini kali kedua....menadah telinga lah jawabnya...ahaks...Lepas ni kena make sure betul² suis dah tutup.
Note: Dah 2 hari berturut² sahur air + ESP dengan roti jer. Asal aku terjaga, Qhalif mengempeng. Lama plak tu. Sabar jer lah.