Tertarik dengan entry kak KUJIE mengenai projek Iqra' ni. Apa yang menariknya, projek Iqra' ni adalah untuk menaja Anak Yatim Shopping Raya 2013. Kalau tahun lepas mereka menaja dua buah rumah anak yatim. Tapi untuk tahun ini, mereka menaja empat buah rumah anak yatim di empat buah negeri. Ianya melibatkan anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin, ibu tunggal dan anak OKU
Antara rumah anak yatim yang terlibat untuk tahun ini adalah:
- Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur) – 27 Julai 2013
- Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor) – 27 Julai 2013
- Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) – 27 Julai 2013
- Rumah Gemilang, Sik (Kedah) – 20 Julai 2013
Ada 3 cara untuk menjayakan projek ni.
- Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang - Yang ni kita boleh berkongsi dengan kawan², adik beradik, kawan blog, kawan sepejabat atau nak persendirian pon boleh. Cari lah 4 atau 8 orang rakan untuk berkongsi.
- Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang dinyatakan. - Kalau ada yang suka dengan aktiviti macam ni, bley juga jadi volunteer.
- Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya. - Kalau tak dapat nak buat yang nombor 1 dan 2 tu, kita sebarkan maklumat ini pon dah bagus. Sekurang² ada juga yang tahu mengenai projek Iqra' ni kan.
Untuk pembayaran, boleh dermakan terus ke:
AKAUN: MAYBANK
NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 5648-1050-4003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)
NO AKAUN: 5648-1050-4003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)
Untuk maklumat lanjut, boleh layari blog kak KUJIE, blog Projek Iqra' dan juga Facebook Page Projek Iqra'.
Apa lagi, jom bersedekah. Banyak ganjarannya bila kita bersedekah di bulan Ramadhan ni kan. Tak kira lah sedekah pada masjid, surau, anak yatim mahu pon fakir miskin kerana ini adalah amalan sunah Rasulullah S.A.W. Baginda akan menggandakan amalan bersedekah kerana baginda tahu akan ganjaran yang amat besar semasa bulan Ramadhan. Kalau kita nak murah rezeki, kita kena murahkan rezeki orang lain. Antara cara paling senang nak murah rezeki. *tu dia ustazah fiza dah berceramah...hehehe*
Note: Sedih bila tengok keadaam anak² yatim ni. Serba kekurangan. Especially kekurangan kasih sayang dari ayah dan ibu kan. Kita tolong sekadar yang mampu.