Ok...kalau semalam kita bercerita tentang Tips untuk IBU MENYUSU di bulan RAMADHAN. Hari ni pulak aku nak berkongsi Menu sahur terbaik untuk ibu yang menyusu pula.
KURMA
Seperti dalam Hadith "Sebaik² makanan untuk sahur adalah tamar/kurma "
BUAH-BUAHAN
Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa
GREEN SMOOTHIE/JUS
Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih TENAGA. Blend bayam, straawberry, flax seed, vanila yogurt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.
Boleh juga buat jus kurma. Cuma perlu buah kurma dan fresh milk...sedap.
TELUR REBUS
Kaya dengan protein dan Omega 3
OAT
Dapat memberi tenaga yang lebih lama
LENTIL SOUP (SUP KACANG DHAL)
Menambah susu badan
ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Memberi rasa kenyang lebih lama dan betenaga lebih lama
AIR
Elakkan dari minum air dengan banyak sewaktu sahur tetapi kerapkan pengambilan air selepas Maghrib sepanjang malam.
Note: Terliur plak aku nengok telur rebus tu ☺☺