Alhamdulillah...bertambah lagi BUFFERED EARNINGS. Menjadikan tiga kesemuanya. Dan di tambah lagi BLOGBUSTER CAMPAIGNS. Baru jer dapat tu. Tapi tu lah...aku tak reti nak buat BBC tu, Nak upload dalam bentuk video...owh...aku sangat tak kreatif hokey.
Apa² pon, Terima Kasih NUFFNANG sebab bagi BE dan BBC untuk blog saya. Tapi lagi bagus kalau NUFFNANG bagi saya buat ADVERTORIAL POST...hehehe...Tak der ADVERTORIAL POST untuk saya lagi ker NUFFNANG. Bagi lah lagi...bagi lah lagi...☺☺
Note: Tak sabar nak tunggu cheque nuffnang. Amount paling tinggi pernah ku dapat.
Geram dengan budak ni:
Muka tak bersalah ☺☺
Kalau dalam entry [INI], qhalif tak lepas nak turun kalau dah panjat grill. Tapi skang dah expert. Pandai panjat dan pandai turun dah. Siap nak capai kunci yang tergantung kat grill tu. Ok...panjat turun grill, kerusi, katil suma dah lepas.
Skang ni bakat memanjat dah berkembang. Kita panjat meja pulak. Tengok lah tu...muka bangga dapat naik atas meja atas usaha sendiri. Dan dah selamat jatuh malam tu. Gara² si abam kimi tak sempat nak sambut. Kimi pon dah pandai. Bila dok asyik tengok ibu amik gambar, pastu upload dalam IG, dia pon suruh amik gambar qhalif yang dah pandai panjat meja tu. Aku tengah bancuh susu anak dara tu. Si kimi plak...'cepatlah ibu...cepatlah ibu', tak perasan adik dah kat hujung meja. Hurmmmmm...dah selamat jatuh. Tak per lah...anak jantan kan. Kena lah tahan. Kejap jer pon nangisnya.
Jenuh lah ibu macam ni qhalif yang bijak. Asyik nak memanjat jer kerjanya. Aku nak solat pon rasa tak tenang sebab dia asyik memanjat katil. Kalau aku dah masuk bilik, ImanQahirahQhalif pon sama masuk bilik. Tak der makna dorang nak tengok tv tanpa ibu dorang ni. Ntah apa yang ditakutnya. Cuma pesan kat abang kimi jerlah tengok² kan adik.
Note: Bila teringat keletah anak², bley tersenyum sorang² dibuatnya. Ni tengah taip pon senyum² ni ha. Dah macam orang tak betul senyum depan PC...hehehe...
Alhamdulillah...hujan kita tunggu² muncul juga. Terdengar radio masa on the way nak balik tu. Selepas solat zohor tengah hari smalam, Masjid Negara ada buat Solat Hajat dan doa. Petang tu terus hujan. Syukur. Hujan lebat selebatnya beserta angin. Sampai aku takut nak drive sebab jarak penglihatan yang membataskan. Memang tak nampak sangat jalan. Lebatnya hujan sampai aku rasa macam hujan batu. Sebab kereta dan cermin rasa macam berdetak² kuat. Macam baling batu tu.
Petang smalam juga famous status hujan kat FB dan gambar hujan kat IG >_<. Kalau sebelum ni kita merungut...tak suka hujan sebab jalan sesak lah, baju tak keringlah. Tapi status semalam sebaliknya. Memuji dan bersyukur sebab hujan turun...mensyukuri nikmat hujan yang diturunkan olehNYA. Bak kata seorang sahabat:
'Allah berikan jerebu supaya kita lebih menghargai nikmatnya titisan hujan'
Dah boleh nampak keindahan awan yang selama ini di litupi jerebu. Pagi ni jerebu pon dah nampak ada kurangnya. Tapi petang smalam Bangi lambat hujan. Dekat pukul tujuh malam baru hujan turun. Kena tunggu giliran kekdahnya...hehehe...itu pon kejap jer. Tapi bersambung bila pagi tadi hujan lagi kat bangi. Sejuk sikit rasanya.
Note: Good luck lagi buat suami. Hari ni exam paper 2 and 3.