Alhamdulillah...hujan kita tunggu² muncul juga. Terdengar radio masa on the way nak balik tu. Selepas solat zohor tengah hari smalam, Masjid Negara ada buat Solat Hajat dan doa. Petang tu terus hujan. Syukur. Hujan lebat selebatnya beserta angin. Sampai aku takut nak drive sebab jarak penglihatan yang membataskan. Memang tak nampak sangat jalan. Lebatnya hujan sampai aku rasa macam hujan batu. Sebab kereta dan cermin rasa macam berdetak² kuat. Macam baling batu tu.
Petang smalam juga famous status hujan kat FB dan gambar hujan kat IG >_<. Kalau sebelum ni kita merungut...tak suka hujan sebab jalan sesak lah, baju tak keringlah. Tapi status semalam sebaliknya. Memuji dan bersyukur sebab hujan turun...mensyukuri nikmat hujan yang diturunkan olehNYA. Bak kata seorang sahabat:
'Allah berikan jerebu supaya kita lebih menghargai nikmatnya titisan hujan'
Dah boleh nampak keindahan awan yang selama ini di litupi jerebu. Pagi ni jerebu pon dah nampak ada kurangnya. Tapi petang smalam Bangi lambat hujan. Dekat pukul tujuh malam baru hujan turun. Kena tunggu giliran kekdahnya...hehehe...itu pon kejap jer. Tapi bersambung bila pagi tadi hujan lagi kat bangi. Sejuk sikit rasanya.
Note: Good luck lagi buat suami. Hari ni exam paper 2 and 3.