Inilah tujuan utama aku ke JB hari Sabtu tu. Seterusnya ke USS hari ahad. Rebranding Launch Dinner untuk staff. Meraikan dan memperkenalkan penjenamaan baru syarikat. No more UEM LAND. Sekarang dah dikenali sebagai UEM SUNRISE...lagi gah dan mantop katanya. Siapa tak kenal kawasan Mont' Kiara tu kan kalau bukan SUNRISE yang bangunkan. Siapa tak kenal NUSAJAYA, PUTERI HARBOUR dan juga PUSAT PENTADBIRAN BARU KERAJAAN NEGERI JOHOR (JSNAC) kalau bukan UEM Land yang bangunkan. Bila kedua² syarikat hartanah ini bergabung, makin bertambah kukuh, berkembang dan mantap lah kan. in shaa allah.
Berbalik kepada cerita. Mengikur jadual, semua staff kena berkumpul pukul 6.30 am. Nasib bas direct gi Cyberjaya. Kalau tak nak kena berkumpul kat Mercu, KL Sentral sana. Pagi yang kelam kabut. Boleh plak aku bangun lambat. Lagi lima minit nak pukul 6.30 am baru terjaga. Ya! allah...hati dah berdebar tak hingat. Kalau qhalif tak nangis minta nenen memang aku tak bangun. Mekasih nak sebab kejut ibu...ahaks...Terus call member office soh tunggu. Sepantas kilat aku bersiap. Anak² plak masih tido lagi. Plan asalnya nak bagun pagi² bergerak skali ngan mr.mama dan anak². Lepas hantar aku gi office, Mr. mama nak balik gombak. Minta tolong adik jagakan anak² skali. Tapi bila dah lambat, terpaksalah hantar si isteri dulu. Kesian anak² terpaksa bagun pagi sebab nak hantar ibu. On the way tu aku susukan qhalif puas².
Sampai² jer suma dah naik bas. Apa lagi...kena bahan lah kan sebab lambat. Bas bertolak dalam pukul 7.15 am. Sedih plak rasanya sebab 1st time berjauhan dengan anak². Nasib dorang tak nangis masa ibu naik bas. Nampak lah si Qhalif tertinjau² dari car seat dia tu...huhuhu...On the way tu rasa lapar sebab tak sempat nak breakfast. Bas berhenti rehat kat R&R Air Keroh, Melaka.
Posing depan LEGOLAND pon jadi lah
Cute tengok signage toilet ni
Sampai Johor dalam pukul 11.00 pm. Kami di bawa ronda² sekitar kawasan² Nusajaya Centre, Puteri Harbour dan juga Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor. Banyak juga bas rombongan. 13 buah bas. Siap escort dengan polis bantuan. Berhenti lunch dekat Medini Mall. Dapat coupon KFC. Tu yang sempat bergambar depan LEGOLAND. Sebelah menyebelah dengan Medini Mall ni. Tapi cuaca dia...masy'allah...panas terik.
Masa untuk check-in. Sampai dekat The Zone Hotel dekat pukul 4.00 pm. Terus amik kunci. Bilik hotel plak mengadap laut. Memang penat lah. Rehat² kan diri sebab pukul 7.00 pm nak kena turun dewan. Tapi tak tidur pon. Sibuk baca novel sambil pam susu.
Gambar 1st tu nampak aku mcm budak skolah plak ☺
Dinner paling sempoi. Tak payah nak pening² kepala pilih baju sebab company dah bagi t-shirt. Senang kan. Tapi kena pakai dengan black pants. Bila dah pukul 7.00 pm tu masing² dah mula turun. Sesi bergambar, sesi sign sambil buat ucapan dan macam² aksi lagi lah. Lautan merah dalam dewan tu. Sampai alas meja tu pon kaler merah ko. Dah macam Red Hot Chili Pepper...Merah garang uols.
Acara kemucak malam tu dan acara yang di nanti² kan. AMY SEARCH buat persembahan. Memang hysteria dalam dewan tu...terpekik². Kecik jer Amy Search ni. Bila dah start nyayi, semua berkerumun kat depat termasuklah haku. Nak amik gambar kan. Dah tak kira depan tu meja Tan Sri ngan Dato'. Semua dok berdiri belakang meja tu sambil nyanyi. Sampai kena halau dengan event management sebab orang belakang tak nampak...hehehe...Memang happening lah malam tu.
Amy Search nyayi 4 buah lagi kalo tak silap. Bila tiba lagu yang last, makin hysteria jadinya, Lagu apa lagi kalau bukan lagu ISABELA. Dewan bergema bila semua nyayi sekali. Suara AMy Search memang mantop lah. 1st time tengok secara life kan. Haruslah excited. Tan Sri dan Dato pon sporting malan tu. Naik pentas skali menyayi. Tapi lupa lirik...ekekekeke...Memang puas hati lah. Yang tak puasnya sebab tak dapat bergambar dengan Amy Search...huhuhu...
Overall malam tu memang best. Makan pon sedap. Cuma aku tak puas hati dengan house keeping service. Aku tumpang ice pack dalam freezer dorang tapi kan...tunggu next entry yer...hehehe...
Note: Perghhhhh...jenuh nak mengarang entry ni wei. Tu belum entry USS lagi...haishhhh...
Anak dara yang dah ada tiga orang anak ☺☺
Bukan saya cakap yer. Tapi orang lain yang cakap. Kembang setaman bila ada orang cakap owner blog ni macam anak dara. Bukan sorang, tapi dua orang...auwwwwww...vangga jap >_<.
Mekasih Fara Mommy Aydin dan Adila Ali *bila nak update blog?* diatas pujian dalam entry [INI] dan [INI] yang membuatkan owner blog ni kembang kempis kempus. Nasib tak koyak sluar...hehehehe...Mungkin sebab faktor owner blog ni yang petite lagi comel, tu yang nampak macam anak dara kot *bluekkkk*. Untung juga jadi orang petite ni kan.
Note: Sekali sekala buat entry over exposed dan masuk bakul angkat sendiri. Kalau tak suka, tekan jer button X kat atas tu ☺☺
Nampak tak? Cantik terletak jer kunci motor tu kan. Semalaman kunci tu kat situ. Memang senang lah pencuri nak amik. Pagi tu si dia sibuk dok cari kunci motor. Cari punya cari tak jumpa. Bila dah turun....kat motor rupanya. Agaknya orang pon tak perasan...selamat motor si dia.
Dah terjangkit virus si isteri gamaknya. Dua kali tertinggal kunci dalam kereta. Boleh baca kat [SINI] dan [SINI]...hehehe...
Note: Curi masa kejap. Maaf...tak sempat bertandang rumah uols.