Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika
berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT
adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak
tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99
nama Allah.Berikut dikongsikan beberapa panduan tatacara berdoa yang
diturunkan oleh ustaz Abdullah.
1. Angkat
tangan paras dada.
2. Rapatkan
kedua-dua belah tangan
Kita akan
nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.
"Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba'
letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap
huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat
menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'.
Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang
perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh
pengharapan" .
3. Duduklah
dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan
betul-betul dan jangan menyandar.
Wassalam.
Note: Bila air-cond dah sejuk tahap maksima ni, asyik besin jer lah kerjanya. Hidung pon mulalah berair.
|
Cantik tak? Ikut mata aku ni cantik lah. Colour pon cantik² uols. Tapi aku frust sebab tak dapat nak sambar batch ni. Sekejapan jer dah 'out of stock'...huhuhu...Tunggu ThePoplook restock pon macam tu juga. Macam goreng pisang panas. Suma nya habis terjual.
Petang smalam bukak FB ThePoplook. Sekali ada Haley Chiffon Blouse nih. Apa lagi...cepat jer tangan tu gi website. Dah selamat pon merembat 2 helai...haishhhhh...Suka baju ni sebab BF friendly. Senang nak menyusukan anak. Lagipon baju ni loose dan labuh menutup punggung.
Bila shopping dihujung jari kan. Kalau ikut nafsu membeli, bley kering dibuatnya. Sebab ada lagi baju yang berkenan di hati. Tapi tak bley lah macam tu kan. Kena kawal sket. Kita tunggu hujung bulan ni plak....ahaks...
Note: Office ni dah macam kutub utara plak. Baru lepas service air-cond katakan. Sejuk tahap gigil dah ni.
Ok...mulai hari ni, aku akan paparkan foto 'SERUPA...tapi TAK SAMA'. Memandangkan idea blogging aku makin hari makin pupus. Ikut mood gamaknya. Datang hari banyak idea, banyak lah ceritanya. Datang hari idea nan hado, kita tepek gambar sajalah. Itu pon kalau rajin. Kalau boleh tak nak bagi blog sunyi sepi uols.
Kita tengok gambar 'serupa...tapi tak sama' bahagian 1 >_<
Sama kan ☺☺. Gambar Iman Hakimi masa lahir tak banyak sebab si dia videokan. Masa tu kan femes dengan webcam. Camera pon tak der lagi masa tu. Pakai camera HP jer. Tapi tak per lah, janji ada untuk kenang-kenangan gambar aiman hakimi masa baby kan. Kita tunggu part 2 dan seterusnya pula yer.
Note: Agak busy hari ni. Nanti petang sikit daku ketuk pintu rumah kamu yer.