Selamat mengundi buat semua warganegara MALAYSIA. Pada yang akan pulang mengundi di kampung, berhati² di jalanraya. Semoga perjalanan pergi dan balik anda semua dipermudahkan olehNYA *Dah macam ucapan nak raya pulok*. Pilihan ditangan KITA. KITA penentu masa depan negara. Tapi ingat...
'TAK KIRA APA YANG ANDA SOKONG (BN@PR)
JANGAN SAMPAI TIDAK BERTEGUR SAPA DAN
SALING BERMUSUHAN, KITA SEMUA SEKAMPUNG
KEKALKAN MUAFAKAT...
INI NEGARA DEMOKRASI!!!!'
Note: Rasa berdebar² plak nak mengundi Ahad ni.
Kalau kucing pandai berkata². Mungkin ini yang akan diperkatakan. Tapi kalau aku jumpa kucing yang boleh bercakap, mau fensan kot...hehehe...
Buat pembenci kucing yang suka halau kucing, tendang/sepak kucing...renung² kan lah. Kucing adalah binatang yang akrab dengan kehidupan manusia dan berperwatakan manja. Kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala dari ALLAH.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk.
Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca [KUCING HAIWAN KESAYANGAN RASULULLAH S.A.W]
Note: Anak daraku takut kucing. Tapi ibu dia pencinta kucing walaupon tak membela kucing ☺
Tinggal beberapa hari jer lagi tarikh untuk mengundi. Sana sini sibuk citer pasal Pilihanraya. Aku pon dah naik muak tengok berita dan bual bicara pasal pilihanraya kat TV. Tak dapat nak tengok citer best sebab dah dicantas dengan siaran langsung pilihanrata. ASTRO nan ado.
Aku pon confuse nak undi mana sebenarnya. Rasa macam tak nak gi mengundi. Tapi nanti rugi satu undi...haishhhh...Meh kita amalkan doa nih. Pilihan di tangan kita. Buatlah pilihan yang tepat.
Note: Kita penentu masa depan negara.