Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG dihadapanmu, ketahuilah...kadangkala dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian
Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan PERANGSANG kepadamu, ketahuilah...kadangkala saat itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU
" bersabar dan bertabahlah wahai diri, hebat manapun dugaan pasti terselit kemudahan.
kita bukan hebat mengubat kedukaan, tapi Allah SWT tak pernah membiarkan. Dia yang maha hebat
merawat duka nestapa dan kelukaan kerana padaNYA ada penyembuh segala penyakit kedukaan " =')
Source: FB
Note: Senyum...tak perlu kata apa². Memang ada benarnya.
Macam ni lah keadaan anak bujang tecik nih. Terteleng² kepala tu tengok abah, abang dan kakak naik motor. Teringin juga nak naik motor gi school yer qhalif. Lawak betul bila pagi² tengok muka kesian tagih simpati qhalif nih. Jadi pemerhati jer lah.
Alolololo...muka sedih tak dapat naik motor. Macam mana nak naik nak ooiiiii. Kakak kat depan. Abang kat belakang. Ibu nak duduk celah mana pulak dengan nak pegang kamu lagi. Nanti soh abah beli motor roda tiga yang macam dalam gambar tu erk. Boleh kita duduk ramai² dalam tu.
Amacam...ada berani. Kahkahkah...Jap...nak bayangkan aku anak beranak naik motor macam nih. Perghhhh...meriah wei. Tak payah pasang aircond. Hirup udara segar gitew...hahahaha...
Note: Kejap jer dah khamis kan. Syiok betul tido malam tadi sebab hujan.
[TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI] ~Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj.
PERANAN BAPA
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding
dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.
cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.
PERANAN IBU
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil
Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana.
Source: FB Kiddie Funtime
Note: Seronok berbual dengan anak. Tapi tu lah, kekadang soalan diorang ni terlalu advanced. Naik pitam nak memikir jawapan...ahaks...tak tau nak bagi jawapan apa. Macam soalan 'Ibu...macam mana nak buat BABY'...fengsan...