Bermula dengan keenakan mencicipi hidangan masakan Sunda di Rumah Makan Cibiuk yang banyak terdapat di Bandung, sebuah kota yang begitu sinonim sebagai syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia, sebuah impian akhirnya terlaksana untuk membawa keenakan masakan Sunda tersebut ke Malaysia. Bagi mereka yang selalu menunggu peluang ke Bandung untuk melepaskan kerinduan menikmati hidangan Sunda ini, kini anda hanya perlu menghidupkan kenderaan anda dan teruslah menuju ke Rumah Makan Cibiuk pertama Malaysia yang terletak di Tmn. Putra Kajang.
Last week aku berpeluang makan kat sini. Selalunya lalu jer. Teringin juga nak makan tapi teragak² lagi. Sebabnya makanan indonesia kan. Takut tak kena dek tekak jer. Padahal restoran Ayam Penyet tu pon makanan indon juga...cis...ngada kan. Bila dah asyik lalu jer, teringin pula nak mencuba sebab restoran asyik penuh jer. Ini dah good sign kan. Mungkin sebab makanan sedap.
Dan ternyata ramalanku benar belaka. Jenuh juga nak memilih sebab tak pernah makan masakan sunda lagi kan. Malam tu kami order set ini. Namanya Paket Kasterol Nasi Liwet....sebut betul² ☺☺. Ianya didatangkan bersama dua ekor ayan, tempe, tauhu, ulam-ulaman dan juga jering. Nasi dia memang lain dari yang lain sebab ada cili padi dalam tu. Pastu nasi dia wangi dan sedap. Ayamnya pon sedap bangat...arghhhhh...terbayang² sudah >_^.
Sambal plak memang variety. Macam² jenis sambal ada, nak pedas/tak pedas...pilih jer. Tapi untuk set yang kitorang amik ni, ianya didatangkan dengan Sambal Merah Cibiuk...sambal yang menggunakan tomato dan cabe merah. Memang sedap sebab tak pedas sangat. Sesuailah dengan tekak aku yang tak berapa nak tahan pedas ni kan.
Ini antara menu² lain. Dekorasi pon cantik, simple dan bersih. Selesa lah nak makan. Service pon cepat juga. Memang puas hati lah makan kat sini. Highly recommended especially buat orang² yang mengidam masakan sunda dan juga peminat sambal sebab macam² jenis sambal ada.
Bila makan dengan anak...faham² lah kan. Nak bergambar pon tak boleh. Gambar² suma ehsan dari Google ^_^. Sekian entry Jalan-jalan cari makan sampai kenyang dari saya. Kalau nak tau more detail mengenai Rumah Makan Cibiuk, silalalah layari website Rumah Makan Cibiuk Malaysia.
Note: Hangin betul lah. Dah dua kali terima call dari agent insurance suruh beli produk dorang...haishhhhh...
Bagi aku Indah khabar dari rupa. Malam smalam on the way balik, saja jer nak try produk Burger Bakar Abang Burn yang terletak kat Ramal Food Junction tu. Tak makan sana pon, bungkus jer. Kononnya nak try Meatball Abang Burn yang menggoda tekak ku ini lah. Macam dalam gambar ni:
Meatball Abang Burn
Meatball Abang Burn adalah resipi ciptaan Abang Burn yang diperbuat daripada 100% daging untuk menghasilkan meatball yang segar dan lazat. Limpahan Mushroom Brown Sauce menjadikan Meatball Abang Burn lebih menyelerakan. Selain itu ianya juga dihidangkan dengan Burn Wedges Abang Burn.
Tak dapat meatball IKEA yang super duper sedap tu, dapat merasa meatball abang burn pon jadi lah kan. Semangat dah berkobar² ni noks. Terbayang² Meatball Abang Burn yang kat dalam website tu. Tapi kan...aku frustrated sangat. Apa yang aku gambarkan jauh meleset.
Sama tak macam dalam gambar? Tak sama kan. Mana sosnya? Aku cari juga dalam plastik. Memang tak der sosnya. Aku tanya hubby takkan ini jer kot. Tak letak sos ker? Itu jer lah...katanya. Potong stim nak makan. Indah khabar dari rupa. Takkan lain branch lain penyediannya kot. Last² aku buat sos sendiri.
Ini plak burger. Beli yang normal jer, Food presentation tak setanding dengan harganya yang mahal. Tapi aku tak rasa pon. Hubby ngan kimi yang makan. Putus selera bila tengok meatball macam tu. Bagi aku harga murah atau mahal tak penting. Yang penting apa yang ditunjukkan dalam website tu biarlah sama dengan apa yang pembeli dapat. Kualiti dan food presentation tu. Barulah pembeli rasa puas hati nak membeli lagi. Jangan sebab produk ko dah terkenal, ko main cincai jer buat. Tak boleh lah macam tu kan.
Ini hanya pendapat aku. Sebab ini pengalaman yang aku dah dapat. Mungkin pengalaman orang lain tak sama macam apa yang aku kena kan. Kalau uols nak try...silakan. Boleh layari website BBAB kalau nak tau more detail lagi. Apa² pon...alhamdulillah dengan rezeki smalam. Even tak puas hati, tapi tetap habis. Tak baik membazir kan ☺☺
Note: Hari ni mungkin entry pasal makan. Nantikan entry makan seterusnya yer...hehehe...
Magnum?? Haippppp...jangan fikir lain yer. Bukan magnum nombor ekor tu tau. Tapi Magnum nih:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Amacam??? Terliur tak...ekekeke...Terapi tekak disaat cuaca yang tengah panas terik kan.. Arghhhhhh...nikmatnya bila dapat makan. Tak cukup satu rasanya. Tapi tu lah, harga tak menahan. Sekali sekala makan bolehlah. Kalau hari² makan mau kencing manis ☺☺
Note: Cuaca kat office ni dah mula mendung. Macam nak hujan lebat jer. Alhamdulillah...
Lately cuaca ada lah sangat panas. Panas berbahang dan terik sangat. Walaupon dah pukul 7.00 petang, cuaca masih lagi terik. Aircond kereta lagi lah. Kalau sebelum ni buka satu pon dah sejuk. Tapi skang ni kena up lagi baru rasa sejuk. Penangan cuaca panas kat luar tu kan. Jadinya...minyak pon cepat menyala dengan jayanya.
Tidur malam pon tak terasa kipas dah. Panas hati jer rasa sebab tido tak lena...panas lah. Nak bukak sliding door...mengundang nyamuk lah pulak. Kalau dapat kipas yang besar gila tu...best kan. Skang kan trend kipas besar. Ni yang rasa macam nak pasang aircond kat umah.
Tu baru rasa
panas didunia, belum rasa panas api neraka lagi. Ya! allah...tak terbayang tahap kepanasannya tu kan.
Note: Nak kluar lunch pon rasa malas sebab panas. Tapi aku tak boleh tak makan, nanti perut berdondang sayang.
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com