Tahniah buat my sister in law, NURUL FATIN SAFIKA BT MOHD TAIB @ Mak Wong. Dapat 7A's1B1C dalam SPM. Agak cemerlang juga bagi aku. Unexpected katanya. Budget dalam 5A's jer. Sekali tambah lagi 2A's. Smalam masa nak call tanye resault pon susah nak dapat. Hot line katakan ☺☺
My sweet and lovely sister in law. Tahun ni giliran Mak Su @ NURUL NADIA plak score untuk PMR. Study Smart yer maksu. Untuk Ika...nanti kita calebrate yer. Sorry...kak fiza cilok gambar dari FB. Jangan marah ☺☺☺
Last but not least, tahniah dari kami...kak fiza, bayen, kimi, qahirah dan qhalif ^_^.
Note: Kak Cho Zila...lama ku tunggu panggilanmu kak. Baru pagi ni dapat ku dengar suara mu...ahaks...Nanti kita dating yer ☺☺
Bukan mood swing tapi ber swing dengan MEDAL SWING ni ha.
Dah lama tak ber SWING sebab breastshield dah tak berapa nak elok. Mungkin sebab aku lepas basuh tak lep kering² pastu dok steril dengan air yang agak panas gamaknya...bijak kan. Disebab kan masalah tu, mak pakai lah AVENT Manual tu ha. Ni yang untung kalau ada lebih dari satu breastpump kan #bukan nak berlagak yer#. Dah berketul² muscle kat tangan ni hah...kahkahkah...serong jap. Exercise tangan kan ☺☺
Pastu kan, AVENT yang banyak berjasa tu bermasalah plak minggu nih. Dia nyer Silicon Diaphragm tu dah terkoyak. Jadinya suction nya jadi tak power. Aku dah order dah breastshield swing nih. Sekali dorang call next week baru dapat. Tak der stok katanya...cissssss...dalam website tak der plak tuis 'out of stok'. Nak tak nak...pakailah MEDELA SWING yang brestshield nya dah kedut².
Hasil tenusu petang nih. Alhamdulillah...rezeki Qhalif. Balik nanti pam lagi.
Yang ni plak hasil tenusu paling meriah pernah aku dapat. Sekali pam dapat 3 botol....masyukkkkk...☺☺. Ok...ini bukan nak menunjuk yer. Ini motivasi dan pembakar semangat untuk ibu² menyusu diluar sana. Think positive. Ada yang pernah dapat 6 botol untuk sekali pumping session tau. Mak pon terkejut noks. Tak salah nak pamerkan hasil perahan Susu Ibu yer. Pada yang masih belum tahu, sila baca HUKUM MEMPAMERKAN HASIL SUSU IBU tu yer.
Note: Stok susu untuk Qhalif meman dah lama habis. Hari2 Qhalif dapat susu fresh ☺☺
Buat hati ibu tak tenang kat office nih. Terbayang² muka sentap @ sedih dia tu. Siapa lagi kalau bukan abang Iman Hakimi. Alahai anak ibu ni, kuat sangat rajuknya. Senang sangat air mata tu meleleh. Cuba kuatkan sikit hati tu. Ni...sikit² nak merajuk, buat muka sedih..muka serius dia tu...haishhhhh...macam mana kalau ada girlfriend nanti? Asyik girlfriend jer lah nak kena pujuk nanti. Kisah rajuk si KIMI:
Mat sensitive
Kimi nak bawa bekal pagi ni. Aku bekalkan dia roti dengan air Teh-O. Tapi dia tak nak pakai bekas lain, nak bekas feveret dia jugak. Bekas tu tak basuh lagi dan aku malas nak basuh sebab dah lambat. Pastu dia soh amik bekas yang sama yang masih tak pakai lagi. Bekas baru lah kan. Aku tak sampai nak amik dalam almari tu #mak kan tinggi sangat noks, petite lagi comel...ahaks...# Si Kimi yang baik hati ni tariklah kerusi soh aku panjat. Bila dah lambat kan, mulalah kelam kabut. Aku cakap 'tak payah, pakailah bekas yang dah basuh ni'...hurmmmmm...touching lah plak anak bujang tu.
Mula tarik muka. Bila abah nya pujuk...meleleh plak air mata dia tu. Aku plak pergi kerja macam tu jer. Tak cium dia dulu. Rasa geram plak pepagi dah buat perangai kan. Konon merajuk lah kan #buruk perangai mak budak ni kan. Dengan anak pon nak merajuk#. Skang ni hati aku sudah rasa tak senang sebab terbayang muka sedih anak dengan air mata dia yang meleleh tu....arghhhhhhh...Kesiannya kimi...kenapalah aku buat macam tu. Pada hal si anak tu dah tarikkan kerusi soh si ibu panjat. Bukannya susah pon kan...huhuhu...
Note: Badan Qhalif dedar plak pagi ni. Harap² tak demam lah.