Nasi Kerabu yang sangat sedap. Bukan Nasi Kerabu jer yang sedap, Nasi Dagang pon sedap juga. Pendek kata semua lauk pauk dia sedap² lah. Even aku bukan asal dari Pantai Timur, tapi aku suka masakan dari pantai timur. Laksam salah satu makanan yang paling aku suka. Alahaiiiii...dah lama tak pekena Laksam.
Ni nak citer pasal Nasi Kerabu dan Nasi Dagang sedap. Kalau ada pasar malam, mesti tak sah kalau tak beli. Gerai ni ada kat pasar malam Khamis kat Seksyen 7, Bangi. Tapi kan, kalau ko nak membeli nasi ni, kena ada tahap kesabaran yang tinggi. Sebabnya kena beratur panjang. Setiap kali aku nak membeli, tak sah kalau tak ramai orang. Rasa macam tak sanggup nak menunggu lama. Tapi disebabkan kesedapan nasi kerabu nih, beratur panjang pon mak sanggup nok. Lautan api sanggup ku redah katakan...hehehe...Yang bestnya, muka abg nasi kerabu ni senyum jer even tak menang tangan melayan customer.
Selalunya aku tak amik daging bakar, tapi aku amik daging masak kicap kot. Tapi nak kata kicap, tak nampak plak kehitaman kicapnya. Ntah daging masak apa. Tapi memang sedap. Sambal pedas nak mamps dan sedap. Pastu budu kasi lebih. Sebab aku penggemar budu ^_^. Nasi Dagang pon sangatlah sedap, especially kuah kari ikan tongkol tu. Si Kimi klo makan memang dia hirup kuah tu. Menampakkan betapa sedapnya lah kan.
Kalau tengok pada banner, nama gerai ni 'Nasi Kerabu Seksyen 9, BBB'. Tak tau lah kalau dia ada buka kedai. Ada juga berniaga kat pasar malam lain. Tapi tak perasan plak kat area mana. Kalau orang² Bangi dan yang sewaktu dengannya nak merasa, bley lah datang kat pasar malam khamis kat seksyen 7 tu.
Note: Anak dara ku menunjukkan simptom² tak sihat. Dah mula batuk²...hurmmmm...
Info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Especially untuk bakal ibu/bapa dan juga SUPERMOM/SUPERDAD...ehemmm...ehemmm...macam kita nih ^_^.
Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.
Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.
Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.
Namun, komunikasi itu tidak
berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang
orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil
barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang
dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah
daripadanya.
Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes itu berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes itu berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Ya, saya
tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; "There is more to
parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah
tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.
KREDIT : Prof. Dr. Rozieta Shaary
KREDIT : Prof. Dr. Rozieta Shaary
Note: Bila baca kena dengan batang hidung sendiri...cis...Qhalif kuat mengutip. Lepas ni nak praktikkan teknik nih.
Panduan untuk orang yang nak kurangkan tahap pelupa dan untuk orang yang daya ingatan nya makin kritikal macam aku nih. Kalau aritu tertinggal kunci kereta dalam kereta. Kelmarin aku lupa nak bawak balik hasil tenusu. Dah sampai kat keta baru teringat. Semalam masa bos minta no HP, bley plak aku lupa no tipon sendiri. Acaner tu? Blur kejap...sambil memikir 'apa no. tipon ni'. Berlegar² nombor dalam hotak nih. Haishhhhh...makin kronik nih. Jom baca.
Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.
Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan.
Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam)
Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.
Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa
- Banyak makan epal yang sudah masam.
- Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
- Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
- Banyak makan bawang besar.
- Memakan kepala ikan.
- Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
- Makan sehingga terlalu kenyang.
- Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
- Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
- Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
- Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t.
Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.”
Sumber: FB
Note: Pagi yang kelam kabut.