Last week berpeluang tengok rancangan Semanis Kurma. Asyik terlepas jer nak tengok tau. Kebetulan tajuknya sangat best iaitu ‘sihir cinta’. Tapi dapat tengok sekejap jer lah. Pastu isnin dapat tgk full version, pon kebetulan plak ada siaran ulangan…ishhhh…asyik kebetulan jer kan☺☺
Ada jugalah point2 penting yang sempat disalin. Berkenaan denga sihir cinta ni. Ianya ada 2 jenis iaitu:
1) SIHIR PENGASIH
Sihir pengasih ni bila cinta tak berbalas. Kita cinta dan suka kat orang tu. Cinta tahap ‘kau adalah nyawaku, kau adalah jantungku, tanpamu matilah aku’ #yang ni aku tambah yer#. Tapi cinta tu hanya bertepuk sebelah tangan. Orang tu tak membalas cinta kita. Cinta ditolak. Tapi dia tak putus asa. Dia cari jalan lain. Jalan nya adalah melalui sihir pengasih ni lah. Dari orang tak suka, terus jadi suka secara tiba2. Lupa segala-galanya. Lupa isteri yang baik dan anak2 yang comel.
2) SIHIR PENUNDUK
Ini pula sihir untuk bagi orang tu dengar cakap kita. Kalau kita benci kat bos kita, kita sihirkan dia bagi bos kita tu ikut cakap kita. Kalau untuk suami pula…nak bagi suami setia hingga hujung nyawa atau takut suami cari pompuan lain #contohnya#, selalunya para2 isteri yang nak tundukkan suami ni mereka buat nasi kangkang/nasi tangas. Dengan cara ini lah sang suami akan ikut telunjuk isteri jer.
Inilah antara sihir cinta yang Ustaz Fauzi terangkan. Scary kan bila membabitkan sihir2 nih. Tak perlu nak sihir2 untuk mendapatkan cinta atau apa2 sahaja. Takkan ke mana pon. Dapat dosa lagi adalah. Ustaz cakap, ada juga sihir pengasih yang halal. Nak tau caranya? Senang…CUMA PERLU SIHIRKAN SUAMI DENGAN MASAKAN2 YANG SEDAP, LAYANAN YANG HEBAT, JANGAN LAWAN CAKAP SUAMI DAN JADI ISTERI YANG SOLEHAH. Itu jer sihir nya…hehehehe…Betul tak? Betul kan. Dan ada 3 jenis doa yang perlu diamalkan iaitu:
Doa Mengelak Sihir
Doa ni elok diamalkan dalam kehidupan harian. Manusia kan…hati busuk. Ada jer yg tak puas hati. Cemburu dengan kebahagiaan orang lain pon boleh mngundang sihir juga. Sebelum kena, baik kita amalkan doa nih:
SURAH AN-NISA ayat 84
SURAH YUSOF ayat 64
SURAH AL-MUKMINUN ayat 97-98
Doa Penunduk Sihir
Yang ni plak doa untuk orang yang dah terkana sihir. Kalau nak tau kita dah terkena sihir ni bila kita rasa perubahan pada diri sendiri. Tetiba terasa cepat baran, hilang selera makan, badan kurus kering dan rasa hati serba tak kena. Kekadang kita tak sedar pon kita dah terkena sihir.
SURAH AL-AKRAF ayat 118-122
SURAH TOHA ayat 69
Doa Membatalkan Sihir
Bila dah terkena sihir tu, kita boleh batalkan sihir dengan amalkan doa dari SURAH YUNUS ayat 80-82.
Berdoa dan yakinlah pada ALLAH. Setiap sihir/penyakit ada penawar dan ubatnya. Semua nya terkandung dalam ayat suci Al-Quran. Pesan Ustaz Fauzi lagi, jadikan SURAH 3 QUL sebagai amalan sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur untuk mengelak dari gangguan2 sihir dan syaiton. Ini juga amalan Rasulullah s.a.w. Caranya:
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
Note: Hati ini pon kekadang tetiba rasa berdebar2…hurmmmm...Semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA dan dijauhkan dari hasad dengki, fitnah dan sihir.
Extra Note: Internet dah ok, tapi masih ditahap yang tak memuaskan sangat. Agak slow sikit. Nanti daku terjah rumah kamu² semua yer...perlahan². Sediakan carpet merah...hahaha...