Renungan pagi Khamis. Peringatan buat ibubapa diluar sana dan juga buat diri sendiri. Setiap dari kita tak pernah lari dari memarahi anak² kan. Sejujurnya...masa ada anak pertama, tahap kesabaran saya masih tinggi. Tapi bila anak dah bertambah nih, tahap kesabaran mula luntur sedikit demi sedikit. Ya! allah...kekadang rasa macam dirasuk SYAITONNNN. Bila dah puas marah baru tersedar. Kesian bila tengok anak nangis *tears*. Setiap hari berdoa padaNYA supaya diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menangani kerenah anak². Sekarang saya cuba perbaiki tahap kemarahan saya. Dan nak mencabar diri sendiri ☺☺. Kekadang kerana masalah² yang tersembunyi buat kita jadi macam nih kan. Tempiasnya kena kat anak juga...hurmmmm...
Ok lah, lebih² plak kan. Jom baca nih:
Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....
1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...
4. Masih ingat teori ini?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?
Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?
Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.
Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.
Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.
Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?
Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?
Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?
Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?
Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.
Untuk renungan hari ini. Senyum.
Kredit status : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Note: Nak up entry ni pon amik masa. Nak follow pon tak boleh...haishhhhh...Bilalah tenet nak ok ni.