Tak jadi nak buat Wordless Wednesday. Tak best plak letak gambar tanpa cerita kan. Ok...straight to the point, mari kita tengok bakal pengganti SPIDERMAN akan datang.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ok...ibu nak gelak dulu yer kakak...hahahahahahahaha...Amacam...ada gaya tak? Perlakuan spontan dari qahirah. Aku pon tak tahu lah apa keja anak dara ni. Tetiba sarung seluar kecik abang kimi. Aku pon apa lagi noks, dasar blogger tegar, sikit² nak amik gambar kan. Ini lah hasilnya.
Amboi...bukan main lagi silang kaki yer kakak
Dan lagi. Adoiiiii...tergelak² aku dengan keletah anak dara nih. Ada jer kerja yang unexpected akan dia buat. Sampai kadang² nak marah pon tak jadi nak marah...gelak lagi adalah...alahaiiiii...anak².
Note: Jangan tak tau, anak dara ni panggil aku 'CIKGU' uols. Bila kena tegur baru dia panggil 'IBU'..haishhhhh....
Bukan mudah nak mendidik anak dalam zaman yang semakin moden dan canggih ni. Kesabaran yang tinggi perlu ada. Didikan agama perlu dititikberatkan. Tak perlulah nak memaksa anak mengejar A untuk setiap mata pelajaran. Tapi burulah A untuk Agama dan Iman.
Ada dua jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa:
1. Berkata/berbuat sesuatu yang TIDAK sepatutnya dicakap/dibuat
2. TIDAK berkata/berbuat sesuatu yang sepatutnya dicakap/dibuat
Kesilapan pertama mudah untuk disedari. Contohnya perkataan atau perbuatan yang kasar boleh merenggangkan/merosakkan hubungan dia antara ibu bapa dan anak. Manakala kesilapan yang jenis kedua agak susah sedikit untuk disedari.
Contohnya, ibu bapa tidak berkasar dengan anak² tetapi dalam masa yang sama tidak bersikap peka/sensitif dan tidak melapangkan diri mereka ketika anak² memerlukan serta tidak ada dorongan dan sokongan. Kesan daripada kesilapan ini ialah anak² memasuki fasa pra dewasa dengan keadaan yang tidak lengkap...TIDAK CUKUP KASIH SAYANG, tunjuk ajar, didikan dan contoh teladan daripada ibu bapa.
Akan terjadi kelomppangan/kekosongan dari segi kematangan. Samada mereka sendiri atau mereka akan mencari seseorang lain yang dapat membantu mereka mengisi kelompangan/kekosongan tersebut. Bersyukur jika mereka bertemu dengan orang yang baik. Jika sebaliknya, tentu kita sendiri tahu akibatnya.
Source: Islamic Parenting
Note: Scary tengok bebudak jaman skang. Terlalu advance.
Ok...ceritanya. Last year aku ada received email dari seorang abang, my ex-colleague masa kerja kat Maybank dulu. Even dah lama tak berjumpa, tapi email sebagai penghubung. Abang ni ada email kat aku pasal kedai Bakery kat SOGO. Ni emailnya:
Boleh baca tak? Boleh lagi kan. Memang terang² Manager tu tulis our
shop in KL
Sogo is not HALAL-certified. Lepas jer dapat email tu, aku pon gi lah website HALAL JAKIM. Taip lah kedai yang tersebut. Result nya adalah kosong (0)...kosong...kosong...Untuk mendapatkan lebih kepastian, aku email lah ke PORTAL HALAL JAKIM plak. Ini emailnya:
Ko nampak tak, betapa tersusunnya Bahasa jiwa bangsa Melayu aku..hehehe...Cuba tengok tarikhnya? Dah lama aku hantar, tapi masih belum mendapat apa² feedback dari pihak JAKIM. Kalau boleh aku tak nak up entry ni selagi tak received apa² maklumat. Tapi dah lama sangat aku tunggu. Bukan apa...ramai juga orang melayu kita yang membeli kat kedai tu termasuklah aku. Pekerja pon ramai melayu bertudung. Tapi aku tengok muka dorang macam Chinese look jer. Roti² dia memang sedap.
Diharap semoga JAKIM dapat upgrade system supaya maklumat/maklum balas dapat di terima dengan secepat yang mungkin. Status HALAL ni bukan boleh dibuat main. Serba salah juga sebenarnya ni. Takut info yang aku bagi ni tak betul. Kalao ada siapa² yang tau pasal kedai bakery ni harap bley update ASAP. Sharing is caring and loving kan.
Pada kamu² yang pernah membeli dan selalu membeli di kedai Bakery nih, pilihan di tangan kamu. Kalau dah tau ianya tak der sijil halal, berhenti lah membeli. Tapi klo kamu rasa info yang aku bagi ni belum cukup kukuh, terpulanglah.
Note: Dah call nursery pagi tadi. Anak dara tu ok jer...hurmmmm...tenang sikit ibu nak buat kerja.