Pagi tadi dengar hot fm pasal pengalaman interview. Macam² ada. Tiba² teringat pengalaman sendiri masa gi interview. Pengalaman ni memang aku takkan lupa sebab ianya agak sensitive. Kenapa sensitive? Sebab ianya membabitkan pasal SOLAT.
Dulu masa nak cari kerja, aku ada daftar kat agensi pekerjaan ni. KELLY SERVICE kalau tak silap. Pastu ada lah dapat interview kat satu syarikat. P** *l**al insurance. Tiba hari interview...berdebar² juga lah kan. Siapa tak berdebar kalau kena interview. Sampai giliran. ChaYaNunAlif yagn interview tu. Dah puas interview bagai, tibalah pada soalan yang terakhir. Nak tau apa soalannya?
INTERVIEWER: Awak sembahyang tak?
AKU: Mestilah sembahyang.
INTERVIEWER: Tapi kat sini awak tak boleh sembahyang masa kerja
AKU: Erk...kenapa?
INTERVIEWER: Kalau nak sembahyang awak kena sembahyang kat rumah. Kalau awak sembahyang kat office, nanti ambil masa dan ganggu kerja
AKU: Speechless
Alahaiiiiii...ada lagi rupanya masyarakat yang macam nih. Rasa macam nak mengadu kat pejabat buruh jer. Nasib tak dapat kerja tu. Kalau dapat pon memang aku reject.Apa kena mengena solat dengan ganggu masa kerja? Bukan lama pon solat kan.
Untuk kerja yang skang ni, aku kena 2 kali interview. 1st dgn HR 2nd plak dengan big boss. Macam² juga pertanyaan. Especially pasal syarikat. Apa yang aku tahu pasal syarikat tempat yang aku nak kerja tu. Siapa orang kuat syarikat. Perghhhh...nasib aku dah study sebelum gi interview.Dan sampai skang aku masih kekal di sini. Alhamdulillah...benefit pon banyak.
Itulah antara pengalaman interview. Buat kamu² yang nak gi interview tu, keyakinan kena ada. Jangan tunjuk muka cuak. Pastu kena tahu profile syarikat yang kita nak kerja tu. Bidang apa...siapa orang kuat syarikat. Apa yang kamu tahu pasal syarikat tu. Sebab itu antara soalan² yang diajukan masa interview. Bila kamu tahu info² tu semua, baru interviewer tu yakin yg kamu betul² berminat nak kerja.
Note: Semalam kat Bangi tak der air. Semalam cikgu siap pesan, hari ni klo tak der air juga, parents kena bawa air dari rumah utk anak² yg day care. Harap² krisis air tak merebak ke BAngi lah...huhuhu...
14 January 2013...genap usia mak 74 tahun. SELAMAT HARI LAHIR buat Pn. Salbiah Bt Abd Rasid...mak ku yang tersayang. Semoga mak dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. Happy² selalu yer mak. Terima kasih atas Kasih Sayang mak selama nih. Orang sayang mak ketat².
Alhamdulillah...mak saya tiada sebarang penyakit. Kecuali sakit lutut. Dan cuma baru² ni mak di serang darah tinggi. Hairan juga...macam mana mak boleh ada darah tinggi sebab sebelum ni pernah buat check-up, tiada sebarang penyakit. Hurmmmmm...mak stress ker?.Doa ku semoga darah tinggi mak tak serious dan segera hilang.
Note: Hari ni agak busy. Melawat show unit. Ketibas dibuatnya. Sambil berangan 'bestnya kalau dapat rumah macam nih' #Tangandidadamatakeatas.
Finally...MERLIN season 5 berakhir. Tapi ending tak best lah. King Arthur mati. Agak² ada tak sambungannya? Tangan siapalah yang sambut pedang yang di baling oleh Merlin tu kan? Haishhhhh....kalau ada sambungannya pon best juga.
Tapi kan, aku frust tau sebab...sebab aku tak tengok final season Merlin nih. Cis...cara citer macam tengok sampai habis kan...hehehe...Tengok kejap jer. Pastu dah enak berada di la la land....uuwwaaaaaaa...nak kena tgk kat TONTON nih. Pagi ni pon si dia yang cerita. Katanya agak sedih jugalah bila dia tengok Merlin sedih atas kematian King Arthur. Hampir² nak nangis noks. Jiwang juga suamiku ini yer...ahaks...ker abang dah meleleh air mata...hahahaha...
Siapa yang tengok Merlin malam tadi? Nangis tak? ☺☺☺
Note: Petang² layan plak citer Hingga Hujung Nyawa. Tapi kan, aku masih tak jumpa jawapan. Macam mana EL tu bley ngandung? Ce cerita sket.