1) Tetiba tak der idea. Mood gone with the wind. Owh...tak suka.
2) Ramai yang dapat BE baru sempena tahun baru. Mak jugak yang tak dapat noks. Agak kecewa juga. Tak per, rezeki masing² kan.
3) PMS Year End review...the time has arrived. Nak kena complete and submit online before 15 January 2013...arghhhhhhh...
4) Macam yang aku pernah cakap, harga semua dah naik termasuklah yuran sekolah dan yuran daycare kimi. Charge overtime pon sama noks. Dulu RM3.00 tapi sekarang RM5.00 untuk satu jam. Tahun depan tak tahu berapa plak naik. Rasanya fees untuk tadika tiap² tahun naik kot.
5) Bilalah loan nak approved nih. Sedih nengok baki duit dalam bank...huhuhu...Ni yang rasa nak buat keja part time.
6) HATI...sakit, terluka, kecewa, derita dan semuanya lah. Kau tulislah apa ko nak tulis. Itu semua takkan mengubah pandangan aku terhadap kau. Ya! Allah...tenangkan lah hati hambamu ini. Tunjukkanlah aku petunjukmu.
7) Mak tercinta disahkan mengidap darah tinggi. Anakmu ini risau keadaan mak. Mak stress ker? Jangan fikirkan sangat masalah anak mak ni dan anak2 mak yang lain. Anak mak ni kan kuat semangat macam mak. Jaga diri tu tau. Jangan buat kerja berat². Rehat banyak². Control makan tau. Orang sayang mak ketat². *macam mak baca blog aku nih...ahaks..*
Sudah cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Idea pon dah tak ada. Aku pon nak sambung buat kerja.
Note: Kejap jer dah jumaat kan. Selamat hari Jumaat semua.