Adakah kita akan melalui situasi sebegini????
Tak dapat aku bayang kan kalau iman hakimi macam ni. Tapi rasanya anak bujang aku tu tak nangis. Sebab masa 1st day skolah tadika dia tak nangis, Tapi tak tau lah kan. Tunggu jer lah bila dia nak naik darjah satu nanti. Tapi ni situasi aku plak pagi ni
Anak bujang yang moody lagi sensirive. Adik lagi semangat rasanya. Maaf yer kimi. Ibu tak dapat hantar gi school untuk 1st day nih, Abah jer yang hantar. Mekasih yer suami, sebab amik cuti hantar anak gi skolah untuk 1st day nih.
Note: Selamat kembali jalan yang sesak. Sesak nafas aku nak harung jalan sesak hari²...hurmmmm...
Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan melabuhkan tirai 2012. Terlalu cepat masa berlalu kan. Syukur padaNYA kerana masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumiMU ini. Terlalu banyak kenangan yang terpahat sepanjang tahun 2012 ini. Pada aku...KENANGAN PAHIT mengatasi KENANGAN MANIS. Dan KENANGAN PAHIT tu takkan aku lupakan sampai nafas yang terakhir.
Sorotan peristiwa sepanjang tahun 2012.
JANUARY - Anak bujang ku masuk TADIKA. Pengalaman pertama buat aku hantar anak ke TADIKA. Yang bestnya, kimi tak nangis pon.Good boy ☺☺
APRIL - Lahirlah putera ku yang ketiga. Anak yang tak di jangka...unexpected baby. Sungguh tak percaya sebab aku baru tahu aku mengandung bila kandungan dah nak masuk 5 bulan. Ya! Allah...hebat sungguh aturanMU. Alhamdulillah...Qhalif membesar dengan sihat dan sempurna.
Sepanjang dalam pantang tu jugalah aku di uji. Qahirah kena kudis buta. Yang ni tak sempat pon nak citer. Dah lah pantang sendiri. Terpaksa pula jaga anak yang tak sihat Memang kesian sangat tengok keadaan anak dara tu. Bergaru...dengan luka kudis buta tu lagi. Ya! Allah...memang menguji kesabaran.
JUNE - Menerima perkabaran gembira. Dapat surat kenaikan gaji dan kenaikan pangkat. Kiranya pangkat dah di upgrade. Alhamdulillah...rezeki anak². Harapan untuk tahun depan semoga grede di naik taraf lah...hehehe...
AUGUST - Sedang orang lain sibuk buat persiapan nak RAYA dan tinggal tiga hari jer lagi nak RAYA. Aku di timpa musibah...ACCIDENT masa on tjhe way nak amik anak² Pengalaman pertama buat aku sepanjang berkereta ke tempat kerja. Perasaan jangan cakap lah. Hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah aku tak cedera dan kereta masih boleh bergerak walaupon dah cacat sebelah.
Maka...berterbanganlah duit mengikut gaya bebas. Memang banyak pakai duit. Tapi duit boleh di cari kan. Nyawa...tiada galang gantinya.
SEPTEMBER - Tragedi September. Aku tau aku memang baik sebab:
SEPTEMBER - Tragedi September. Aku tau aku memang baik sebab:
ORANG SABAR SELALU MENANG
ORANG TAMAK SELALU RUGI
ORANG MARAH SELALU KALAH
ORANG BAIK SELALU DI UJI
NOVEMBER - Dugaan lagi...tangki minyak kereta bocor pulok. Allahu akhbar. Memandu pulang dalam keadaan yang mencemaskan dan sangatlah bahaya. Syukur alhamdulillah...tak der kejadian yang tak di ingini berlaku. Terbang lagi duit.
DECEMBER - Penutup dugaan untuk 2012...hahahaha....Tayar keta pulak bocor. Ya! Allah...ada² jer kan. Nasib baik lah masih kat office. Kalau kat jalan raya? Dari jalan tak sesak terus jadi sesak ☺☺. Dah lah tayar spare benjol plak tu. Pakai juga tayar spare tu dekat seminggu. Bahaya ker tak bahaya tu? Jadinya...mak memandu tak melebihi 80 km yer.
Skang dah tukar tayar baru. Tukar suma sekali. Duit lagi noks. Tak per...duit boleh cari kan. Baru lah best sket memandu....smooth jer.
Itu jer lah sorotan citer aku untuk tahun 2012. Panjang juga kan. Harapan aku untuk tahun 2013...Semoga kehidupan aku dan anak² menjadi lebih baik. Semoga aku dapat memperbaiki diri aku untuk menjadi muslimah daripada baik kepada yang terbaik...In Shaa Allah...
Note: SELAMAT TAHUN BARU uols. Hari ni mak cuti noks ☺☺
Tiada ubat yang terbaik selain dari doa kan. Saya nak share kan doa ni buat kamu semua yang mengalami masalah sakit kepala dan migrain yang melampau.
Bila sakit kepala atau migrain, baca doa ni pada tapak tangan kanan, hembus dan tekan pada tempat yang sakit. Buat banyak kali sampai rasa sakit tu lega.
Saya dapat doa ni pon dari FB. Sharing is caring and loving kan. Amalkan tau.
Note: Half day hari ni. Tak sempat nak jejak rumah kamu. Tak sempat nak jejak kawan² baru, Mekasih sudi follow. Nanti saya follow balik.