Betul tak? Yuran tadika sekarang makin lama makin mahal. Dalam erti kata lain makin naik. Dah macam nak masuk Universiti pulak. Tapi pada yang mampu hantar anak kat Genius Aulad, Little Qhalif, Brainy Bunch dan lain² tu, kira ok lah. Sebab mereka berkemampuan. Beruntung anak² dapat masuk tadika yang best ☺☺☺
Teringin juga nak hantar anak kat salah satu tadika tu, tapi kena ukur poket sendiri juga lah kan. Tak mampu...buatlah cara tak mampu. Nanti kalau dah tak boleh nak bayar, diri sendiri juga yang susah. Rasanya mana² tadika pon ada kelebihan masing² kan. Sebenarnya saya nak citer pasal hidden fees ni. Saya ada dapat komen dalam entry saya mengenai HASIL SURVEY TADIKA - YURAN PENDAFTARAN, YURAN BULANAN, etc. Cuba baca nih.
Dah baca? Nak tau ker tadika mana? Sila lah email saya yer...hehehe...Bukan apa, rasa macam tak elok pula kalau saya letak tadika mana yang charge hidden fees nih. Cuma nasihat saya pada parents² tu, silalah check betul². Kenapa perlu nak charge macam². Kalau betul untuk kegunaan anak² di tadika...ok lah kan. Kalau sebaliknya? Bak kata puan Lily...kita sebagai parents tak nak lah rasa tertipu dengan charge yang tak sepatutnya kan.
Tahun depan.saya masih daftarkan kimi di PASTI. Seperti yang di beritahu, yuran tadika PASTI pon dah naik. Kalau tahun lepas RM 410. Tapi tahun depan dah naik kepada RM555. Tak per lah, masih berkemampuan lagi nak bayar. Siap bley bayar ansur² lagi noks. Dan tahun depan saya akan masukkan kimi dalam program TAHFIZ. Doa saya semoga Iman Hakimi dapat menjadi seorang TAHFIZ bila meningkat dewasa nanti...In Shaa Allah...
Saya tahu, semua ibu nak yang terbaik untuk anak² kan. Kalau boleh nak masukkan anak ke tadika yang terbaik. Tapi kita kena ingat kemampuan kita juga yer. Tak mampu buat cara tak mampu. Jangan nak ikut orang. Orang lain hantar anak kat tadika femes, ko pon nak hantar jugak. Jangan buat macam tu yer.
Note: Tak sabar nak tengok kimi konvo nanti ☺☺