Aku rasa dia tak layak di beri gelaran binatang sebab binatang pon tau sayangkan anak. Pagi ni tengok berita. Lagi kes dera. Kali ni baby yang baru berusia 38 hari...Ya! Allah...zalimnya kau jantan.
Goncang bayi sampai koma
PADANG BESAR: Seorang bayi perempuan berusia 38 hari kini terlantar
koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dipercayai akibat didera
termasuk digoncang badannya dengan kuat oleh bapa kandungnya.
Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.
Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.
Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak
berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak
perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul
suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.
Mahamud dari Jalan Padang Besar, dekat sini, berkata, dia
diberitahu mengenai kejadian itu oleh abang Junita ketika berada di
Songkhla, Thailand.
HMetro online
HMetro online
Note: Manusia semakin kejam.