Jalan Raya lengang...ramai yang bercuti
Office pon lengang juga...sunyi sepi sebab ramai yang bercuti hujung tahun ni, menghabiskan saki baki cuti
Blog...pon lengang dan sunyi sepi juga. Banyak blog yang tak berupdate..hurmmmm
Rasa boring dan sunyi plak hari ni
Selamat Hari Natal buat panganut agama Kristian
Selamat Bercuti semua
1) Anak bujang saya yang cute macam ibu dia ni demam lah. Start demam dari semalam, Mata pon bertahi, panas dalam mungkin. Nak bukak mata pagi ni pon macam payah jer, bagai di gam². Terpaksa lap dulu ngan air suam. Pastu titikkan sket dengan air susu ibu. SI tu kan ubat untuk sakit mata ☺☺. Air masak pon tak nak minum. Mengempeng jer kerjanya. Tak nak di letak. Nak berdukung...alahaiii...demam nak tumbuh gigi lagi ker dik. Ker demam sebab nak merangkak...hahaha...
2) Hati berbelah bagi nak hantar anak ker Nursery, tapi kena hantar gak...uuwwaaaaa...
3) Badan sengal² sebab mengiring lama sangat. Dah tu...anak mengempeng berjam-jam. Acaner tu? Mata pon mengantuk sebab tak cukup tidur. Tak per...besar pahala ibu sebab jaga anak yang tak sihat.
4) Line tenet pon tak berapa nak sihat. Asyik HANGGGGGG jer memanjang. Nak BW pon terbatas. Nak dengar radio pon sakit hati sebab asyik putus². Dengar radio online katakan. Nak dengar pakai radio biasa tak boleh sebab tak dapat siaran HOT fm. Mak kan pendengar tegar HOT fm.
5) Surat pengesahan majikan masih belum dapat lagi...adoiiiiii...lamanya. Dah seminggu mak submit hat HR noks. Kalau cepat dapat, cepatlah proses pinjamannya. Terpaksa pinjam ngan MBSB even interest 4.9%. Nak buat macam mana, bank lain tak nak kasi pinjam. Pihak bank nak gaji RM3000 dan keatas. EZ RHB plak lagi tinggi interest nya 9% even senang lulus. Beginilah nasib pekerja yang bergaji bawah dari #tigaribu...harap maklum.
Itu jer lah kisahnya. Pagi ni pon jalan lengang. Office pon lengang gak sebab ramai yang menghabiskan cuti² tahunan. Bos besar pon tak der. Jadinya...hari ni kita ENJOY...muahahaha...*gelak syaiton*
Note: Kejap lagi saya jalan² umah kamu. Jumaat aritu saya half day. Jadinya jejak ku di blog mu separuh jalan jer ^_^.
Alhamdulillah...moga bertambah lah duit tabung. Dah lama BE tak bertandang. Bley kata hari² check nuffnang...tapi hampa. Petang semalam check lagi, melekat seketul BE...saya suka...saya suka..^_^
Dapat Buffered Earnings dari DIGI. DIGI tengah buat Jualan Internet 2x ganda. Promotion Period: 3 December 2012 - 3 February 2013. Kalau nak tau lebih lanjut, klik lah iklan tu yer. Mekasih juga buat kamu² semua yang sudi bertandang dan yang sudi klik. Bertambah juga duit tabung saya.
Note: Semoga BE tu melekat lama sikit ☺☺