1) Anak bujang saya yang cute macam ibu dia ni demam lah. Start demam dari semalam, Mata pon bertahi, panas dalam mungkin. Nak bukak mata pagi ni pon macam payah jer, bagai di gam². Terpaksa lap dulu ngan air suam. Pastu titikkan sket dengan air susu ibu. SI tu kan ubat untuk sakit mata ☺☺. Air masak pon tak nak minum. Mengempeng jer kerjanya. Tak nak di letak. Nak berdukung...alahaiii...demam nak tumbuh gigi lagi ker dik. Ker demam sebab nak merangkak...hahaha...
2) Hati berbelah bagi nak hantar anak ker Nursery, tapi kena hantar gak...uuwwaaaaa...
3) Badan sengal² sebab mengiring lama sangat. Dah tu...anak mengempeng berjam-jam. Acaner tu? Mata pon mengantuk sebab tak cukup tidur. Tak per...besar pahala ibu sebab jaga anak yang tak sihat.
4) Line tenet pon tak berapa nak sihat. Asyik HANGGGGGG jer memanjang. Nak BW pon terbatas. Nak dengar radio pon sakit hati sebab asyik putus². Dengar radio online katakan. Nak dengar pakai radio biasa tak boleh sebab tak dapat siaran HOT fm. Mak kan pendengar tegar HOT fm.
5) Surat pengesahan majikan masih belum dapat lagi...adoiiiiii...lamanya. Dah seminggu mak submit hat HR noks. Kalau cepat dapat, cepatlah proses pinjamannya. Terpaksa pinjam ngan MBSB even interest 4.9%. Nak buat macam mana, bank lain tak nak kasi pinjam. Pihak bank nak gaji RM3000 dan keatas. EZ RHB plak lagi tinggi interest nya 9% even senang lulus. Beginilah nasib pekerja yang bergaji bawah dari #tigaribu...harap maklum.
Itu jer lah kisahnya. Pagi ni pon jalan lengang. Office pon lengang gak sebab ramai yang menghabiskan cuti² tahunan. Bos besar pon tak der. Jadinya...hari ni kita ENJOY...muahahaha...*gelak syaiton*
Note: Kejap lagi saya jalan² umah kamu. Jumaat aritu saya half day. Jadinya jejak ku di blog mu separuh jalan jer ^_^.