HAPPY 8 MONTHS OLD IMAN QHALIF
Rambut dah tak pacak ^_^
Cantik kan tarikh hari ni. Tertanya² juga ada yang menarik ker untuk tarikh hari ni? Rasanya macam ada. Baru teringat yang anak bujang tecik nih dah 8 bulan hari nih. Bersamaan dengan 12 December 2012 ☺☺..haishhhhh...ibu ni makin pelupa lah.
Setakat 8 bulan ni Qhalif masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya...syukur alhamdulillah...Berkat kesabaran, doa yang tak putus supaya di banyakkan SUSU IBU serta dengan kehendak dan izin dariNYA juga. Semoga misi nak Fully Breastfeed Qhalif hingga 2 tahun tercapai, in shaa allah.
Perkembangan pon seperti bayi² lain yang seusia dengannya. Membesar bagai johan. Meniarap dan berguling² satu rumah adalah hobi dia. Merangkak baru selangkah. Asyik angkat punggung jer lebih. Makan plak masih lagi kurang. Lebih kepada susu. Badan pon agak susut sikit. Mungkin sebab tengah lasak. Nak pakaikan pampers ngan baju pon susah skang nih. Pastu suka sangat lentikkan badan. Kalau dukung kena pengang belakang badan dia. Kalau tak...melentik lah. Nak gurau² lah tu kononnya ☺☺
Ok...yang ni sariau sikit. Qhalif dah tumbuh gigi. Nak masuk 2 batang dah. Alahaiiiiii...cepat pulak kamu tumbuh gigi. Abang ngan kakak dulu lambat tumbuh. Bila dah tumbuh gigi tu faham² lah kan. Nak menggigit jer lah kerjanya. Sambil gigit sambil sengih. Habislah...melecet lah nip ibu macam ni dik.
Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, sihat tubuh badan dan bijak pandai.